macaroni bakar ni sebenarnya banyak version, tapi ai buat version ini.. buat macaroni bakar ni untuk kawan mak dan ayah datang rumah haritu.. mohon berkenan nak buat ai jadi menantu eh...haha..gurau.. ok jom semak resepi uols!
Bahan-bahannya :
1 paket macaroni (direbus dalam air yang ditambah secubit garam dan 1 sudu minyak)
1 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
4-5 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
1 bungkus daging cincang abang ramli
2 sudu makan cili boh (tak letak pun takpe,ai tekak melayu)
1 botol sos spaghetti preggo
1 tin cendawan
3 biji telur (dipukul)
1 bungkus cheesedale cheese!
garam,gula,serbuk lada hitam secukup rasa.
Cara-caranya:
1. tumiskan bawang besar dan putih sampai layu sedikit, kemudian masukkan daging. kacau sampai daging tu dah bertukar warna dan separa masak, kemudian masukkan ciliboh 2 sudu makan, dan kacau selama seminit dua.
2. masukkan cendawan, dan sos spaghetti. kacau lagi. kemudian masukkan garam,gula dan serbuk lada hitam secukup rasa. kemudian masukkan macaroni yang dah direbus dan ditoskan. kacau sampai sebati dan bila tengok dah agak kering tutup api.
3. bila dah tutup api, masukkan telur yang dah dipukul tadi, kacau sedikit dengan macaroni tu, kemudian masukkan dalam loyang,atau bekas caserole atau apa apa bekas yang tahan panas. letakkan cheesedale atas macaroni yang dah diletakkan dalam bekas tadi.
4. jangan lupa panaskan oven dalam suhu 120c selama 10minit. kemudian masukkan macaroni dalam oven dan bakar dalam 15-20 minit. uols tengok cheese tu dah agak cair dan garing sikit boleh lah keluar kan.. dah siap :D
No comments:
Post a Comment