Hello! ok harini nak share resepi Lasagna yang paling simple... nama pun dapur anak gadis kan... belum taraf mak2 yang pro memasak... hehehe...ok malas nak mengomel.. jom tengok resepi :D
Bahan-bahan meat sauce :
1 bungkus daging cincang ramli
1 labu bawang besar (kalau suka bawang banyak tambah je lagi)
5-6 ulas bawang putih (ketuk dan cincang)
1 botol kecik sos spaghetti preggo
1 tin cendawang butang
2 sudu makan cili boh (tekak family ku jenis melayu, so letak cili boh sikit untuk kurangkan masam)
garam,gula dan serbuk lada hitam secukup rasa :D
Cara-caranya:
panaskan minyak(pandai2 lah agak minyak tu berapa banyak,jgn banyak sangat macam nak goreng ikan sudah), masukkan bawang bawangan (besar dan putih), tumis sampai layu..
kemudian masukkan daging (sebab masukkan daging ialah nak dapatkan air daging tu..barulah yummeh!), kacau sampai nampak daging macam dah separuh masak, kemudian masukkan cili boh..kacau dalam seminit dua.
lepas tu masukkan cendawan dan sos prego.. kacau lagi... lepas tu masukkan garam,gula,dan serbuk lada hitam.... kalau perlu tambah air sedikit tambah la..dalam satu cawan lebih...jangan tambah sampai jadi macam asam podeh pula rupa dia..hehe... kemudian biarkan mendidih.. sambil tu jangan lupa kacau..kang hangit kuah.. yang penting bila nak buat meat sauce untuk lasagna, memang method dia sama macam sos bolognese, tapi jangan bagi kuah tu pekat sangat..sedang2 sahaja...sebab nanti korang kena guna kuah dia untuk lembutkan kulit lasagna masa membakar..so bila rasa dah sedap, dan kuah agak pekat (jangan pekat sangat dan kering pulak) korang boleh tutup api.. biarkan disitu
Bahan-bahan untuk white sauce:
Butter (1/2 buku kecik macam tu..kalau banyak sangat kurangkan sikit..kena agak2)
2 sudu makan tepung gandum
5-6 keping cheddar cheese
serbuk lada hitam
susu segar dalam satu cawan atau lebih..ini pon kena pandai2 sendiri hew3
Cara-caranya:
cairkan butter dalam non stick pan, kemudian masukkan tepung gandum, bila masukkan tepung gandum korang kena perlahankan api, dan sentiasa kacau.... seeloknya pakai whisk (pemukul telur tu)...jangan tak sentiasa kacau sebab nanti berketul..
kemudian masukkan susu, kacau je jangan berhenti... make sure takde ketul2 tepung gandum tu ok?.. kemudian masukkan cheddar cheese, kacau lagi..buatkan cheese tu sampai cair (sebenarnya kalau korang ada cheese spesis lain pun ok je, ai nak cut cost so guna cheddar cheese kih3) masukkan lada hitam n tutup api..jangan sampai pekat sangat jangan cair sangat.. korang kena tau, white sauce ni sensitif,kalau tinggal sekejap je dia likat secara sendiri..so kena pandai agak dan cepat.
Langkah terakhir:
panaskan oven dalam suhu 120c selama 10 minit, kemudian ambil bekas caserole mak uols ke,loyang besi ke..apa2 jelah bekas yang tahan panas mula-mula letak kulit lasagna (kulit dia ni korang boleh beli dekat mana-mana pasaraya, biasanya dia duduk dekat bahagian pasta, ai beli kotak warna merah, lupa nak ambil gambar) letak dalam bekas,kemudian letak meat sauce(make sure masukkan kuah dia sekali,kuah dia tu yang akan membantu melembutkan kulit lasagna) lepas tu letak white sauce,lepas tu letak cheese kalau nak then layer kan dengan kulit lasagna dan ulang step yang sama sampai habis.
kemudian masukkan dalam oven, masak dalam 30 minit... tapi depends, ada setengah oven dia slow je masak,ada pula tercepat sampai hangit (ni kes masak dekat rumah angah ai dulu, jadi lasagna terhangit, sebab dia auto detect ke hape tah suhu dia..mencik oven moden terlebih) so, mohon perhatikan lasagna tu dengan penuh sabar...
lagi satu, boleh juga rebus dulu kulit lasagna tu dulu, macam rebus pasta, tapi jangan masukkan gedebuk banyak sekali terus, nanti melekat lekat..satu hal pula nak pisahkan dia..tapi ai kan RAJIN so ai tak rebus dulu..HAHAA... selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment