Sunday, October 5, 2014
Resepi beef skewer
Selamat menyambut hari raya aidiladha yall!!! Semoga ibadah qurban kita diterima olehnya... Btw nama pun raya korban kan..haruslah banyak daging.. Jadi aku ditugaskan untuk buat daging bakar.. Saja cucuk kat lidi sate.. Btw ni gambar bahan2 nya aku campur semua dan marinated sahaja..pastu bakar
Friday, September 19, 2014
Lepak dengan classmate zaman diploma masscom dahulu kala
Assalamualaikum w.b.t.... tadi keluar lepak dengan afiq...haaa afiq ni salah sorang manusia yang rapat dengan iols waktu diploma dulu..sebab rumah kitorang dekat je, so tiap kali iols nak balik shah alam dari lendu, afiq selalu lah jadi co-pilotnya... haha....meh sini aku nak cerita sikit perihal kawan aku sorang ni... dia ni satu-satunya kawan aku yang panggil aku perempuan gila...hahaha.. sebab, dia spesis bersopan santun drive, aku plak drive laju dan menakutkan katanya...tapi diakui juga oleh classmate aku yang lain...sabar jelah...afiq ni juga antara orang yang terawal tahu aku rapat dengan firdaus dulu...haha..dia kenal lah perangai aku zaman nakal sampai lah zaman sekarang ni... antara sahabat yang tak pernah hilang dari dulu sampai sekarang...aku doakan tercapai hajat kau untuk menunaikan umrah tahun depan ye :D
bawa orang yang tak pernah pergi ikea
Assalamualaikum uolss...hari rabu haritu keluar dengan classmate zaman degree... jiji dan huda... kesian si jiji, aku dah janji nak bawa dia pergi ikea dah lama dah...berbekalkan waze dan hasil bantuan classmate iols sorang lagi si irfan, jumpa juga rumah si jiji dan huda dekat PJ sana...lalu bergerak lah weols ke ikea...macam-macam cerita keluar...lama tak jumpa lah katakan..takde lah lama sangat, raya haritu ada jumpa...hahaa..
yang tudung hijau tu huda, yang tudung merah tu jiji |
Thursday, September 18, 2014
Resepi kuew teow goreng mudah
Hello..harini iols cuba buat kuew teow goreng..hahaha lawak kan? Kuew teow goreng pun nak kecoh.. Hahahaha..nama pun dapur anak gadis uolsss..masih bertatih belajar.. Resepi ni iols rujuk dekat blog mat gebu,lepas tu iols tukar sana sini sikit sebab nak sesuaikan bahan apa yang ada.. Jom check resepi!
Bahan-bahan (1 orang makan)
2 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (diketuk dan cincang)
1 sudu makan sos tiram
Sedikit kicap cair
Sedikit cili boh..bergantung pada tahap kepedasan yang digemari
1 sudu makan kicap mee jalin
Sedikit sos cili (tak sampai satu sudu pun)
Daun kucai dan taugeh
Serbuk lada hitam aji shio
Garam& gula secukup rasa
1 biji telur
Caranya
1. Panaskan minyak tumis bawang2 tadi sampai naik bau.. Kemudian masukkan udang dan sotong kacau..masukkan cili boh, tunggu cili masak
2.kemudian Masukkan sos tiram,garam & gula kacau..kemudian ketepikan sekejap,then pecahkan telur dan gaul..
3. Masukkan kuew teow, kacau dan masukkan kicap mee dan kicap cair..kacau bagi rata dengan semua kuew teow tu...
4.masukkan taugeh & daun kucai..masukkan serbuk lada hitam..dalam 2,3 minit macam tu boleh tutup dah..sebab taknak taugeh tu layu..nak krup krap hahahaha
P/s: sebenarnya iols masak tak bersukat..main agak2 je..sila try & error okay? Btw kalau ada cili potong sedap gilaaaa
Friday, September 12, 2014
Perihal berjalan berborak bersama Fifi & Ima
Assalamualaikum... Alkisahnya harini si ima nak passing buku kat iols masa kat fakulti..seperti sedia maklum fakulti pengurusan perniagaan uitm shah alam kan dah berpindah ke puncak alam...aku pula ulang alik je dari shah alam ke puncak..tapi waktu nak passing buku tu ada masalah komunikasi..hahaha sebab kat puncak alam line teruk sikit bila dalam bangunan..jadi aku dah gerak ke shah alam baru ima dapat contact balik..so jumpa kat shah alam jelah di jemari... Borak punya borak sampai berjam kat situ..dari perihal cari pasangan hidup,kelas,makeup segala haha..kalau dah nama satu kepala.. Ada je benda nak borak...lepas tu pergi paradigm konon si fifi dgn ima nak beli compact powder bareminerals yang iols suggest tu tapi dah nama pun fifi dengan ima...takde maknanya benda alah tu dia je dia beli...segala benda dia angkut... sabar jelah...lepas gian lettewww terkurung di puncak alam..hahaha.
Wednesday, September 10, 2014
Dating dengan classmate
Siah dengan irfan ni dua2 classmate iols..tapi tak rapat sangat dengan diorang dulu sebab diorang kurang berkenan dengan iols..hahahahahahah..diorang cakap iols kerek.. Biasalah tu,tak kenal maka tak cinta..dah kenal rupanya dua2 mulut puaka haha.. Jom lah tengok gambar
Tuesday, August 26, 2014
Resepi ikan pari bakar cicah air asam
Resepi paling sonang...hahah...pagi tadi pergi kedai tengok pari fresh terus beli..pari kalau tak fresh nanti berbau bila masak,& senang hancur kalau bakar...ini apa yang iols alami lah...tak tau orang lain macam mana pula... Tapi masa cuci ikan pari,perahkan limau nipis pada ikan kalau nak hilangkan bau hanyir...
Bahan-bahan
1 keping ikan pari (beli yang dah siap potong)
3 ulas bawang putih
Sedikit kunyit
Garam
1 sudu makan cili boh
Tumbuk bawang putih bersama kunyit & garam,campur cili boh kemudian lumur pada ikan sebagai perapan
Bahan-bahan air asam
Belacan yang dibakar
Asam jawa (depend pada tahap kepekatan yang diingini)
Bawang besar dipotong dadu
Cili padi dihiris nipis
Tomato dipotong dadu
Air limau nipis (guna separuh je)
Cara-caranya
1. Lepas dah bakar belacan tu, campurkan dengan asam jawa,tambah air sikit kemudian ramas..buang biji asam jawa tu nanti kang tercekik naya
2. Masukkan semua bahan yang dipotong, dan perahkan air limau nipis.. Ramas semua sekali..kalau takut tangan pijar dengan cili padi,sila pakai plastik atau sarung tangan... Dah siap!
Resepi udang masak lemak cili padi yang simple
Assalamualaikum...resepi senang je yang iols nak share ni...nama pun resepi untuk budak baru belajar...kalau method yang iols guna ni salah harap dapat tunjuk ajar dari orang yang lebih berpengalaman...jom semak resepi!
Bahan-bahan (ditumbuk sekali)
4 ulas bawang putih
7 biji cili padi (ikut tahap kepedasan)
Sedikit kunyit (ikut tahap warna kekuningan yang dikehendaki)
Sedikit Lengkuas & halia
Santan kotak, guna separuh
Udang
Serai diketuk
1 asam keping
Garam secukup rasa
Kalau orang tanya sukatan yang accurate,iols lemah..sebab jenis masak main campak je..hehehe
Cara-caranya
1. Panaskan sedikit minyak,kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk dan juga serai..
2. Masukkan santan dan sedikit air,kemudian masukkan asam keping.. Iols tak masuk udang awal2 sebab taknak udang kecut sangat..nanti tak sedap...waktu ni kalau nak masukkan kentang pun boleh...
3. Dah mendidih sikit,masuk udang & juga garam secukup rasa..dah masak boleh la tutup...
Kematangan dalam penulisan
Matang..ada apa dengan kematangan? Pernah tak korang duduk dan berfikir... Apa benda lah korang pernah buat waktu dulu2, sampai buat korang menyesal... Dan kenapa sekarang korang dah tak buat lagi... Itu semua kerana peredaran masa dan kematangan berfikir membuat kita tidak mengulangi lagi kesilapan dulu...
Haha...iols pun ada zaman kanak2 ribena...waktu zaman tu,kita rasa tindakan kita buat tu betul untuk kebaikan tapi sebenarnya salah...kadang2 kita jadi terburu-buru dalam membuat keputusan dan cepat menghukum orang sekeliling... Iols suka bercakap tanpa berfikir implikasinya selepas itu, kalau marah tulis kat blog atau facebook...sampai membuat orang lain marah dan malu dengan tindakan iols dulu... Sekarang bila kenang balik, menyesal sangat...walaupun niat untuk kebaikan orang lain, tapi cara iols salah sama sekali... Sampai merosakkan hubungan iols dengan si dia,dan juga dengan kawan2...
Bila masuk alam degree,kenal lagi ramai orang buat iols berfikir dengan cara yang lain...takdelah sesempurna mana,tapi Alhamdulillah ada penambahbaikan...iols pun dah minta maaf pada semua orang...tau diri tak sesempurna mana,manusia sentiasa membuat khilaf...moga apa yang iols tulis ni dapat dijadikan pengajaran..jangan salah guna social networking atau blog untuk tujuan melepaskan kemarahan atau aib..nanti dimasa akan datang akan menyesal
Beraya lah uolsss
Nah kau...3 post sekali iols update..tak boleh tidur punya hal... Masa raya haritu, dapat jemputan ke rumah abang bal & kak emma (abang & kakak ipar orang "penting") serta rumah kawan lama yang kenal waktu iols jadi co-host untuk rancangan tv3 dulu...nuremy ramli..kak emy sekarang mengacara untuk rancangan Sis TV di TV9... Lama tak jumpa semua orang ni...tak jumpa lama tapi tetap kat hati tak gituuuu 😆😆😆😆😆
Dengan kak ain & kak emma
Open house raya
Lepas seronok raya kat terengganu... Balik selangor lah pula... Buat makan-makan sikit untuk kawan yang rapat & saudara yang duduk kat KL... Kawan yang lama tak jumpa pun datang... Seronok... Orang yang "penting" pun datang...menu nya nasi dagang air tangan mak & ayah... Dan juga spaghetti air tangan iols lah...
Hari Raya 2014
Wednesday, April 16, 2014
Resepi nasi goreng tomyam
hello! Assalamualaikum...lama tak update resepi uols... bukan apa...aku jarang memasak resepi baru..jadi tak berupdate lah..ok..tapi harini nak kongsi resepi nasi goreng tomyam..al kisahnya ada lebihan paste tomyam dalam peti..dari dibiarkan macam tu..lebih baik tukar jadi nasi goreng tomyam...uhhh..teringat keenakkan nasi goreng tomyam di jemari..rasa yang aku buat ni pun lebih kurang sama..jom semak resepi!
Bahan-bahan ditumbuk:
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
7 biji cili padi
Bahan-bahan di hiris:
3 batang serai
1/2 biji bawang besar
4 biji cili padi
Bahan-bahan lain:
1/2 paste tomyam adabi (bergantung pada kuantiti nasi)
2 sudu sos tiram
udang dan sosej (aku guna ni je..sebab ini je ada dalam peti)
sedikit serbuk lada hitam aji shio (kalau tak ada pun takpe..redha je)
garam dan gula secukup rasa (tak payah banyak sangat sebab sos tiram dan masin)
1 biji telur
sedikit lobak merah dan sawi (optional)
cara-caranya
- panaskan minyak, masukkan bahan yang ditumbuk tadi, agak-agak naik bau masukkan udang dan sosej. bahan yang dihiris dan masukkan sos tiram, serta paste tomyam. kacau sampai nampak udang dah masak masukkan garam dan gula secukup rasa
- masukkan nasi , tapi masukkan separuh dulu supaya nasi nanti jadi rata dengan rencah.. kemudian masukkan sayur dan masukkan sebahagian lagi nasi. kacau sampai rata. kemudian masukkan serbuk lada hitam.
- buatkan lubah ditengah-tengah nasi dan pecahkan telur. kacau dengan nasi..agak-agak nampak telur dah tak melekit boleh lah ditutup api..siap!
Saturday, March 22, 2014
Resepi sambal totok aka sambal tumbuk
hello..Assalamualaikum...lama tak update blog kan...haritu bulan februari, Iols dan parents selamat menunaikan umrah....hehehe... jadi hari ni...saja nak berkongsi resepi sambal totok... selalunya mak iols suka buat sambal belacan...tapi boring kan...setelah bertanya kan kawan-kawan dan encik google... maka terhasil lah ini...senang je nak buat..selamat mencuba :D
Bahan-Bahannya:
1 genggam ikan bilis (iols guna bilis halus)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
7-8 biji cili padi (ikut tahap kepedasan dan berapa banyak nak buat)
2-3 biji lada merah besar
Cara-caranya:
Bahan-Bahannya:
1 genggam ikan bilis (iols guna bilis halus)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
7-8 biji cili padi (ikut tahap kepedasan dan berapa banyak nak buat)
2-3 biji lada merah besar
Cara-caranya:
- cuci ikan bilis tu kemudian goreng sampai rangup, dan tos kan.
- tumbuk bawang putih,bawang kecil,cili padi dan lada merah besar
- lepas dah tumbuk lumat (ikut lah nak lumat mana, macam tumbuk sambal belacan) masukkan ikan bilis yang sudah digoreng garing tadi, dan tumbuk sekali (nak bilis hancur ke separa hancur ke terpulang, iols suka sedang2 sahaja)
- panas kan minyak, guna yang balance goreng bilis tadi pun boleh. masukkan kesemua yang sudah ditumbuk tadi...tumiskan sampai pecah minyak...api jangan besar sangat, kang hangit... siap! boleh dimakan dengan bubur nasi,atau nasi panas2...fuhh...
Tuesday, February 11, 2014
resepi nasi ayam simple :D
Assalamualaikum uolss... harini nak berkongsi resepi nasi ayam kegemaran keluarga iols... nasi ayam ni mudah je...tapi sebelum memulakan apa-apa pun, mesti sediakan stok dia dulu..kemudian barulah bahagian lain boleh bergerak...dan banyak gunakan halia dan bawang putih... paling kurang kena ada 3 labu bawang putih...mengikut kapasiti berapa yang uols nak masaklah... iols masak bila adik beradik balik ke shah alam..jadi..banyak lah kena buat ...jom semak resepi :D
Bahan-bahan stok aka sup ayam :
1 ekor ayam yang di belah dua atau empat dan dibersihkan (kalau periuk besar belah dua je pun takpe)
1 sup bunjut
1 labu bawang besar (dihiris)
7 ulas bawang putih (diketuk)
halia(diketuk)
kayu manis,bunga lawang (sedikit je)
lobak merah dan kentang
garam dan gula secukup rasa
2 kiub pati ayam atau stok ayam pekat (optional)
Cara-caranya
- panaskan minyak, tumiskan bawang besar,bawang putih dan halia sehingga naik bau...pastikan api tidak terlalu besar supaya bawang tidak hangus..kemudian masukkan bunga lawang dan kayu manis.
- masukkan ayam, kemudian masukkan air, masukkan sup bunjut,garam dan gula secukup rasa...masukkan lobak merah dan kentang..perlahankan api biarkan ia mereneh.
- bila dah menggelegak,dan ayam dah masak.. tutup api kemudian angkat ayam sahaja,masukkan dalam bekas lain ayam itu...biarkan ayam tu sejuk.
Bahan-bahan nasi
beras yang dicuci dan ditoskan (kalau 3 pot beras bersamaan 3 pot air stok yang dibuat tadi)
butter atau minyak sapi atau marjerin
5 ulas bawang putih (diketuk)
halia( diketuk)
1 batang kulit kayu manis
sedikit bunga lawang dan kayu cengkih
2 helai daun pandan yang dikoyakkan dan diikat
kiub pati ayam atau stok pekat ayam
stok ayam yang dah dibuat tadi..(sukatan ikut sukatan beras 1:1)
Cara-caranya
- beras yang dicuci dan ditoskan itu,masukkan siap-siap dalam rice cooker.
- ambil periuk kecil cairkan butter, kemudian masukkan bawang putih dan halia yang diketuk, tumis sampai naik bau kemudian masukkan kayu manis,cengkih, kiub pati ayam dan halia...
- kemudian masukkan kedalam rice cooker tadi, dan gaulkan dengan beras itu, dan masukkan stok ayam yang dah dibuat tadi mengikut sukatan beras, dan on rice cooker seperti biasa.
- bila nasi dah masak, masukkan butter lebih kurang 2 sudu makan dan gaulkan supaya nasi lebih cantik dan lemak :D
Bahan-bahan sambal
8 ulas bawang putih
7 batang lada merah
2 biji cili padi
1 sudu gula dan sedikit garam (kalau pedas, lebihkan gula, kalau suka pedas kurangkan gula)
air perahan limau nipis (ni kena pandai agak..dalam sebijik limau nipis)
cuka (1 sudu makan)
air stok ayam (masukkan agak2 untuk melancarkan bila dikisar,jangan banyak sangat nanti cair)
Cara-caranya
masukkan semua dalam pengisar, dan kisar..dah siap...ye puan2 dan kakak2 dah siap...saya kan suka mengelat...hahahaha..nanti rasa dia lebih kurang macam sambal nasi ayam hainan...tapi kalau suka masak sambal tu..boleh la diubah suai mengikut selera masing masing.
Kicap.
kicap ni, iolss malu nak cakap..hehehe..iols guna kicap cap tamin tu, letak dalam mangkuk,then masukkan sedikit stok ayam yang dah dibuat tadi..gaulkan sampai Mesraaaaa *gaya bob AF cakap
Bahan-bahan ayam
ayam yang dah direbus tadi dalam stok
5-7 ulas bawang putih
halia(halia dan bawang putih ditumbuk sekali sampai hancur)
sos tiram
kicap
cara-caranya
satukan semua bahan dalam satu bekas,dan lumur pada ayam... kemudian boleh pilih nak bakar atau goreng... macam iols bakar...suhu 150c...kalau ayam tu dah memang betul betul masak masa rebus tadi... tak payah bakar lama pun takpe...make sure kulit garing je..kalau tak.. kena bakar lebih kurang sejam... depends on kebesaran ayam ittewwwww
bila dah siap semua...boleh la dimakan bersama daun salad atau timun..selamat mencuba :D
Tuesday, February 4, 2014
Resepi ikan masak pedas ala thai
Assalamualaikum.... harini ai masak ikan masak pedas ala thai... al kesah resepi ini ialah, bila makan dekat kedai tomyam, mak ai suka sangat order ni... takkan selalu nak makan ni kat kedai je kan...so segera i google resepi dan ubah suai dengan bahan yang ada kat rumah... dan seperti biasa..ai kan suka mengelat kalau masak..hehe.. patutnya cili kering kena rendam bagai then blend dengan bawang..ai ambil cili boh yang memang dah ada dalam peti..hehe.. sama je pun kan :D jom semak resepi!
Bahan-bahan ikan masak pedas ala thai:
- Ikan kembung yang di lumur serbuk kunyit dan sedikit garam, goreng kemudian ketepikan dahulu (apa-apa spesis ikan yang korang suka,mak ai takut ikan besar2 jadi kembung je layak hehehe)
Bahan A(bahan kisar)
- cili boh 5 sudu makan*
- 5 ulas bawang putih*
- 2 ulas bawang merah sederhana besar*
kisarkan sekaligus semua bahan yang bertanda *
Bahan B
- sudu makan sos cili
- sudu makan sos tiram
- air asam jawa dicampur dengan sedikit belacan
- garam dan gula secukup rasa
Bahan C (bahan dihiris)
- 3 tangkai serai
- 6 biji cili padi
- 1 lada besar merah
- sedikit halia
- daun limau purut (yang ni kalau rajin dan tak nak tercekik hirislah,kalau nak koyakkan dan campak pun takpe..cara masing2 gittewwww)
antara bahan-bahan..tak termasuk pelbagai spesis sos |
Cara-caranya:
- panaskan minyak, kemudian masukkan bahan A yang dah dikisar tadi, make sure api jangan besar sangat, nanti hangit pula rencah kang... kacau, sampai naik sikit minyak.
- kemudian masukkan bahan-bahan B, kalau nak berkuah, masukkan sedikit air.
- agak-agak macam kuah dah tak secair asam pedas...hahaha...masukkan semua bahan-bahan C.. nak berkuah atau pekat ikut selera masing-masing okay..kemudian boleh tutup api dan siramkan atas ikan..siap :D
sewaktu dimasak...abaikan kuali antik itteww |
siap sudah.. agak berkuah versi ini, seperti yang diminta mak ai |
hello :)
Assalamualaikum... tujuan blog ini ditubuhkan khas untuk berkongsi resepi khusus buat anak gadis yang baru belajar memasak...macam ai... hehe.. resepi kat sini simple sahaja...jadi memang sesuailah untuk orang baru belajar memasak kan...di samping itu, ai juga ada share tips untuk mengelat bila memasak, yela kadang-kadang bukan semua bahan kita ada dalam dapur untuk digunakan sama seperti dalam resepi, moga boleh membantu uols... kalau ada sebarang cadangan atau komen boleh email kan terus ke aliasamihah90@yahoo.com :)
Resepi ayam bakar ala nandos, sweet potato with garlic dan nasi madeteranian dan gravy
Hello!!! okay harini ai nak share salah satu makanan kegemaran family iols... ayam bakar ala nandos, dan sampingannya... banyak version sideline untuk ayam nandos ai buat sebenarnya.. tapi yang kali ni ada nasi, sebab kebetulan pak cik iols datang dari terengganu, dan dia nak makan nasi, so ai buat nasi ala madeteranian (ai eja salah ke betul ni). so mari semak resepi :D
Bahan-bahan perapan ayam bakar ala nandos:
- sos nandos hot ( suku botol untuk perapan, depends berapa banyak ayam uols, janji cover semua)
- sos nandos sweet (suku botol, kalau takde pun tak apa,kalau nak gantikan dengan sos nandos garlic pon boleh)
- halia dan bawang putih (diketuk dan cincang)
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 sudu kecil serbuk cajun (kalau tak ada tak perlu letak)
- garam secukup rasa
campur semua sekali dalam satu bekas, kemudian perapkan dengan ayam. lagi lama perap lagi sedap uols..tapi i spesis express..paling lama ai perap ayam 2 jam je... hahahahah... kemudian boleh la bakar, satu tips untuk uols, sebenarnya kalau ada kuali ajaib atau non stick pan, bakar je dalam tu, letakkan sedikit minyak kemudian letak ayam. dah agak masak angkat..lagi sedap... tapi kalau nak guna oven, make sure panaskan oven dalam 130c dalam 20 minit, then masukkan ayam bakar selama 40 minit..ai selalu bakar ayam yang dah siap potong kecil sebab tu tak lama bakar..kemudian cucuk dengan garfu,kalau keluar air yang ada darah kat ayam tu tandanya belum masak, kalau keluar air putih je maksudnya dah masak..kalau tak keluar apa2... emmm...rentung atau lebih masak...hahaa..Wallahualam.
Bahan-bahan sweet potato garlic:
- sweet potato aka keledek yang dipotong dadu dan direbus
- butter
- bawang putih
- serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
- serbuk cajun (kalau tak ada redha jelah)
cara-caranya:
- cairkan butter, kemudian masukkan bawang putih dan tumis.
- masukkan serbuk lada hitam,garam secukup rasa dan serbuk cajun
- masukkan keledek dan goreng sehingga agak garing sedikit. dan boleh diangkat
Bahan-bahan nasi ala madeteranian:
- beras basmathi (kalau takde beras apa-apa pun boleh)
- butter
- daun pandan
- lobak merah dipotong dadu
- bawang putih yang diketuk
cara-caranya:
- cucikan beras dan toskan dahulu
- dalam periuk atau kuali berasinga, panaskan butter, kemudian masukkan bawang putih, tumis sehingga naik bau (make sure api slow, jangan kuat sangat, sebab butter cepat hangit nanti)
- masukkan lobak merah yang dah dipotong dadu tadi, masukkan daun pandan, kemudian masukkan beras. kacau dan tutup api
- pindahkan ke dalam rice cooker (ai tak pandai masak nasi dalam periuk biasa..hihi
kantoi) - masukkan air, 1 pot beras bersamaan 1 pot air. dan masak nasi seperti biasa
- bila nasi dah masak, masukkan butter sikit dan kacau nasi tu ( orang terengganu panggil karih nasi), siap :)
- butter
- bawang putih dan merah yang dicincang
- sos nandos hot and spicy
- serbuk lada hitam,garam dan gula secukup rasa
- susu segar
Cara-caranya
fungsi gravy ini untuk letakkan sikit atas nasi tu, so cara nak buat dia senang je, caikkan butter dalam non stick pan, masukkan bawang, tumis sampai naik bau dan layu kemudian masukkan susu segar, sos nandos hot and spicy, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa..kalau nampak agak cair, masukkan sikit butter..biarkan mendidih sambil tu kacau tau. kepekatan ikut selera masing masing..dan boleh tutup api
Monday, February 3, 2014
Resepi Macaroni Bakar mudah!
macaroni bakar ni sebenarnya banyak version, tapi ai buat version ini.. buat macaroni bakar ni untuk kawan mak dan ayah datang rumah haritu.. mohon berkenan nak buat ai jadi menantu eh...haha..gurau.. ok jom semak resepi uols!
Bahan-bahannya :
1 paket macaroni (direbus dalam air yang ditambah secubit garam dan 1 sudu minyak)
1 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
4-5 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
1 bungkus daging cincang abang ramli
2 sudu makan cili boh (tak letak pun takpe,ai tekak melayu)
1 botol sos spaghetti preggo
1 tin cendawan
3 biji telur (dipukul)
1 bungkus cheesedale cheese!
garam,gula,serbuk lada hitam secukup rasa.
Cara-caranya:
1. tumiskan bawang besar dan putih sampai layu sedikit, kemudian masukkan daging. kacau sampai daging tu dah bertukar warna dan separa masak, kemudian masukkan ciliboh 2 sudu makan, dan kacau selama seminit dua.
2. masukkan cendawan, dan sos spaghetti. kacau lagi. kemudian masukkan garam,gula dan serbuk lada hitam secukup rasa. kemudian masukkan macaroni yang dah direbus dan ditoskan. kacau sampai sebati dan bila tengok dah agak kering tutup api.
3. bila dah tutup api, masukkan telur yang dah dipukul tadi, kacau sedikit dengan macaroni tu, kemudian masukkan dalam loyang,atau bekas caserole atau apa apa bekas yang tahan panas. letakkan cheesedale atas macaroni yang dah diletakkan dalam bekas tadi.
4. jangan lupa panaskan oven dalam suhu 120c selama 10minit. kemudian masukkan macaroni dalam oven dan bakar dalam 15-20 minit. uols tengok cheese tu dah agak cair dan garing sikit boleh lah keluar kan.. dah siap :D
Resepi Potato Salad
Assalamualaikum... hehe... sebenarnya banyak resepi nak share, dan gambar gambar makanan ni semua dah lama dalam simpanan..baru sekarang terasa nak share resepi...bukan apa..ai malu,hahah..resepi ai simple je semuanya..Al maklumlah, bajet nak masak dari mak ayah lagi, yelah, ai kan student..jadi nak masak canggih sangat tu fikir 2,3 kali juga...so banyak resepi yang guna bahan sedia ada sahaja di rumah..harap dapat membantu khusus untuk anak gadis macam ai yang sedang belajar memasak... ok malas nak mengomel, jom semak resepi potato salad!
Bahan-bahan :
3-4 biji kentang (depends beramai banyak uols nak buat dan berapa besar kentang tu,jangan beli russet potato kalau nak buat potato salad, sebab russet potato dia sangat lembut dan sesuai untuk mashed potato sahaja, so korang boleh beli potato spesis lain)
3-4 sudu makan mayonis (ini pun ikut anggaran sendiri,asalkan dia boleh cover semua kentang itu dah ok)
bawang besar ( ai prefer bawang yg warna macam putih tu,sebab rasa dia kurang tajam, kalau bawang besar warna merah tu, nanti rasa dia kureng sikit)
lada hitam,garam (secukup rasa)
daun parsley (optional je,tak ada pun tak apa )
Cara-caranya:
1. cuci kentang bersih, dan buang kulit... tapi ada juga orang tak suka buang kulit,kalau guna baby potato tak buang kulit pun takpe, tapi kena cuci bersih-bersih. satu tips untuk buang kulit dengan cepat, uols potong dadu dulu kentang tu, then rebus sampai empuk (tapi jangan lembut sangat nanti hancur pula bila tengah gaul), lepas tu tos kan dan cuci dengan air paip sikit lepas tu cabut kulit dia..cara macam tu mudah sebab tak perlu guna pisau atau pengupas,guna tangan je pun boleh.
2. ambil satu mangkuk besar,masukkan mayonese, garam dan lada hitam secukup rasa, gaulkan supaya sebati, kemudian masukkan bawang,kentang,dan daun parsley tadi, dan gaulkan semuanya. siap! tadaa!
Sunday, February 2, 2014
resepi lasagna simple!
Hello! ok harini nak share resepi Lasagna yang paling simple... nama pun dapur anak gadis kan... belum taraf mak2 yang pro memasak... hehehe...ok malas nak mengomel.. jom tengok resepi :D
Bahan-bahan meat sauce :
1 bungkus daging cincang ramli
1 labu bawang besar (kalau suka bawang banyak tambah je lagi)
5-6 ulas bawang putih (ketuk dan cincang)
1 botol kecik sos spaghetti preggo
1 tin cendawang butang
2 sudu makan cili boh (tekak family ku jenis melayu, so letak cili boh sikit untuk kurangkan masam)
garam,gula dan serbuk lada hitam secukup rasa :D
Cara-caranya:
panaskan minyak(pandai2 lah agak minyak tu berapa banyak,jgn banyak sangat macam nak goreng ikan sudah), masukkan bawang bawangan (besar dan putih), tumis sampai layu..
kemudian masukkan daging (sebab masukkan daging ialah nak dapatkan air daging tu..barulah yummeh!), kacau sampai nampak daging macam dah separuh masak, kemudian masukkan cili boh..kacau dalam seminit dua.
lepas tu masukkan cendawan dan sos prego.. kacau lagi... lepas tu masukkan garam,gula,dan serbuk lada hitam.... kalau perlu tambah air sedikit tambah la..dalam satu cawan lebih...jangan tambah sampai jadi macam asam podeh pula rupa dia..hehe... kemudian biarkan mendidih.. sambil tu jangan lupa kacau..kang hangit kuah.. yang penting bila nak buat meat sauce untuk lasagna, memang method dia sama macam sos bolognese, tapi jangan bagi kuah tu pekat sangat..sedang2 sahaja...sebab nanti korang kena guna kuah dia untuk lembutkan kulit lasagna masa membakar..so bila rasa dah sedap, dan kuah agak pekat (jangan pekat sangat dan kering pulak) korang boleh tutup api.. biarkan disitu
Bahan-bahan untuk white sauce:
Butter (1/2 buku kecik macam tu..kalau banyak sangat kurangkan sikit..kena agak2)
2 sudu makan tepung gandum
5-6 keping cheddar cheese
serbuk lada hitam
susu segar dalam satu cawan atau lebih..ini pon kena pandai2 sendiri hew3
Cara-caranya:
cairkan butter dalam non stick pan, kemudian masukkan tepung gandum, bila masukkan tepung gandum korang kena perlahankan api, dan sentiasa kacau.... seeloknya pakai whisk (pemukul telur tu)...jangan tak sentiasa kacau sebab nanti berketul..
kemudian masukkan susu, kacau je jangan berhenti... make sure takde ketul2 tepung gandum tu ok?.. kemudian masukkan cheddar cheese, kacau lagi..buatkan cheese tu sampai cair (sebenarnya kalau korang ada cheese spesis lain pun ok je, ai nak cut cost so guna cheddar cheese kih3) masukkan lada hitam n tutup api..jangan sampai pekat sangat jangan cair sangat.. korang kena tau, white sauce ni sensitif,kalau tinggal sekejap je dia likat secara sendiri..so kena pandai agak dan cepat.
Langkah terakhir:
panaskan oven dalam suhu 120c selama 10 minit, kemudian ambil bekas caserole mak uols ke,loyang besi ke..apa2 jelah bekas yang tahan panas mula-mula letak kulit lasagna (kulit dia ni korang boleh beli dekat mana-mana pasaraya, biasanya dia duduk dekat bahagian pasta, ai beli kotak warna merah, lupa nak ambil gambar) letak dalam bekas,kemudian letak meat sauce(make sure masukkan kuah dia sekali,kuah dia tu yang akan membantu melembutkan kulit lasagna) lepas tu letak white sauce,lepas tu letak cheese kalau nak then layer kan dengan kulit lasagna dan ulang step yang sama sampai habis.
kemudian masukkan dalam oven, masak dalam 30 minit... tapi depends, ada setengah oven dia slow je masak,ada pula tercepat sampai hangit (ni kes masak dekat rumah angah ai dulu, jadi lasagna terhangit, sebab dia auto detect ke hape tah suhu dia..mencik oven moden terlebih) so, mohon perhatikan lasagna tu dengan penuh sabar...
lagi satu, boleh juga rebus dulu kulit lasagna tu dulu, macam rebus pasta, tapi jangan masukkan gedebuk banyak sekali terus, nanti melekat lekat..satu hal pula nak pisahkan dia..tapi ai kan RAJIN so ai tak rebus dulu..HAHAA... selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)