Tuesday, August 26, 2014

Kematangan dalam penulisan

Matang..ada apa dengan kematangan? Pernah tak korang duduk dan berfikir... Apa benda lah korang pernah buat waktu dulu2, sampai buat korang menyesal... Dan kenapa sekarang korang dah tak buat lagi... Itu semua kerana peredaran masa dan kematangan berfikir membuat kita tidak mengulangi lagi kesilapan dulu...

Haha...iols pun ada zaman kanak2 ribena...waktu zaman tu,kita rasa tindakan kita buat tu betul untuk kebaikan tapi sebenarnya salah...kadang2 kita jadi terburu-buru dalam membuat keputusan dan cepat menghukum orang sekeliling... Iols suka bercakap tanpa berfikir implikasinya selepas itu, kalau marah tulis kat blog atau facebook...sampai membuat orang lain marah dan malu dengan tindakan iols dulu... Sekarang bila kenang balik, menyesal sangat...walaupun niat untuk kebaikan orang lain, tapi cara iols salah sama sekali... Sampai merosakkan hubungan iols dengan si dia,dan juga dengan kawan2... 

Bila masuk alam degree,kenal lagi ramai orang buat iols berfikir dengan cara yang lain...takdelah sesempurna mana,tapi Alhamdulillah ada penambahbaikan...iols pun dah minta maaf pada semua orang...tau diri tak sesempurna mana,manusia sentiasa membuat khilaf...moga apa yang iols tulis ni dapat dijadikan pengajaran..jangan salah guna social networking atau blog untuk tujuan melepaskan kemarahan atau aib..nanti dimasa akan datang akan menyesal 

          Gambar sekadar hiasan lol

No comments:

Post a Comment