Monday, March 30, 2015

Run With Certainty




Hello hello hello! 

*Lap sawang dekat blog sendiri... hewhewhew.. lama tak post apa-apa dekat blog. Busy lah uolssssss... hari ini iolsss nak post tentang events Run With Certainty. Sihat ke tidak tu berlari-lari mengeluarkan peluh?


Seawal pagi orang ramai dah berkumpul untuk memulakan larian :)

Pelbagai lapisan kaum dan umur ada uolsss



Pelari berkumpul di garisan permulaan menunggu bunyi hon udara, menandakan permulaan larian. *run baby run!


Run With Certainty berlangsung pada 28 March 2015, pada hari Sabtu lepas bertempat di Taman Metropolitan Kepong, kali pertama Alia sampai sini. Selama ni baca kat dalam novel "Jauh Dari Cinta" je.. memang jauh pun sebab iols sesat sampai kena U turn jauh hahaha... Guna Waze pun sesat.

Run With Certainty ini kali pertama dianjurkan oleh Disposable Soft Goods (M) Sdn Bhd. Run With Certainty ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai Inkontinens. Apa itu Inkontinens? kadang-kadang ada dalam kalangan kita ini pernah menghidapi penyakit ini tanpa disedari...Inkontinens adalah masalah terbuang air kecil atau besar tanpa disengajakan atau tidak boleh dikawal. Jadi Certainty Daypants menawarkan penyelesaian untuk masalah ini bagi mereka yang sentiasa aktif.  Hei, siapa cakap lampin pakai buang tu tak selesa? selesa okay, persis tak pakai apa-apa pun rasanya, selesa dan ringan je rasa..(dapat sample dalam goodie bag, jadi iols cuba kat rumah) hahahahahahahhahaha... .Yelah, masalah ni bukan hanya menyerang warga tua je tau...kadang-kadang muda belia pun ada juga cuma tak sedar je. Jadi Certainty Daypants boleh jadi penyelesai masalahnya :)

Larian amal tersebut menyaksikan pelbagai lapisan golongan dari tua sehingga muda, yang memilih larian sejauh 6km atau 3km di sekeliling taman tersebut. Ramai orang-orang tua pun sertai larian amal ini, comel betul tengok diorang semangat.Oleh sebab iolss pemalas dan semput-semput ubi, makanya iols memilih 3KM, hehehehe.


Selain berlari mengelilingi Taman Metropolitan Kepong, acara ini juga bertujuan untuk mengutip dana bagi 4 buah rumah kebajikan antaranya : Persatuan Kebajikan Ci Hang, Chempaka, Selangor, Rumah Caring Kajang, Sungei Way Old Folks Home dan Lovely Nursing Centre, SS3, KL. Acara ini juga mendapat sokongan padu oleh Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Cik Low Chooi Hoon Pengurus Besar DSG Sdn Bhd Menyampaikan Sumbangan Kepada 4 Buah Rumah Kebajikan

Datin Paduka Chew Mei Fun memberikan ucapan

Setiap peserta membawa pulang medal yang direka khas serta cenderahati dari para penaja termasuklah Revive, Mentholatum (Deep Heating Rub), Julie’s, Majalah Health Today, OldTown White Coffee dan Clinelle. Menarik betul goodie bag yang diberikan pada peserta, terima kasih kepada DSG (Disposable Soft Goods (M) Sdn Bhd), tahun depan kalau ada lagi Insyaallah iolsss akan sertai *semoga  fit untuk 6 KM pula. 



















Wednesday, February 11, 2015

Resepi Ayam Masak Halia






Hello.. Harini mak suruh iols masak untuk dinner..so buat bubur berlauk.. Ayam masak halia ni resepinya asal dari blog che mat gebu tu... Tapi kat rumah tak ada kicap cair so ganti dengan kicap biasa yang manis sikit tu.. Resepi simple tapi sesuai juga dimakan orang tengah pantang ke..makan dengan bubur gabung pula dengan sambal totok dan sayur campur pergh! Sedap..resepi sambal totok ada dalam post2 sebelum ni.. 

Bahan-bahan A
Ayam yang dipotong kecil.. Iols guna bahagian yang tak bertulang sangat
Halia  besar ibu jari di mayang halus
Kicap.. 
Nanti gaul semua dengan ayam dan perapkan dalam sejam ke..kalau nak cepat pendekkan masa sedikit tak apa

Bahan-bahan B
Minyak masak untuk menumis
Setengah labu bawang besar dihiris
4 biji bawang putih (ketuk dan potong) tak halus pun tak apa
5 biji cili padi di potong
Sos tiram
Garam gula dan serbuk lada hitam
Sedikit air

Cara-caranya 
Panaskan minyak kemudian tumis kan bawang besar,putih dan cili padi..

Dah naik bau masukkan ayam yang diperap tadi.. Agak2 macam dah keluar air ayam tu masukkan sos tiram,garam&gula serta serbuk lada hitam secukup rasa..tambahkan sedikit air.. Bila dah agak pekat kuah boleh tutup api.. Siap!

P/s: ada orang dia tambah sayur dalam ni macam lobak merah ke tapi ai kan pemalas hahaha jadi tak letak

Monday, February 9, 2015

Resepi chicken butter



Hai! Resepi paling senang gila dan cepat haha... 

Bahan-bahan:
A 
Ayam yang dipotong kecil2..seeloknya takde tulang
Tepung ayam goreng segera
Garam,serbuk lada hitam sikit
Sebiji telur untuk bagi lekat..

B
1/4 dari sebuku butter 250gm
Susu segar
Daun kari
Cili padi
Sedikit garam kalau perlu

Cara-caranya:
A 
Salutkan ayam yang dah siap dipotong dalam telur then celup dalam tepung yang dah dicampur garam dan lada hitam..ada sesetengah jenis tepung dia tawar sikit sebab tu letak garam..then goreng..jangan garing sangat ye nanti ayam tu kering dah tak juicy..dah agak2 masak angkat dan toskan dari minyak

B
Cairkan butter dalam non stick pan..masukkan daun kari then susu..bila dapat kepekatan yg diingini masukkan cili padi dan garam kalau perlu.. Masukkan ayam yang dah digoreng.. Tutup api settle nyiahhh! 

Pengalaman waktu mengerjakan umrah


Hampir setahun dah aku mengerjakan umrah... Ya Allah rindunya membuak-buak...tadi baca blog dianaishak tentang pengalamannya mengerjakan umrah..terpanggil rasa nak share pengalaman umrah... 

Aku berangkat mengerjakan umrah pada februari 2014 dengan parents aku.. Sebelum register tu mula2 aku tak nak pergi...sebab aku takut..yelah,aku manusia biasa yang banyak masa silamnya..banyak dosanya..tapi entah macam mana aku terbuka hati nak pergi dengan niat satu aku nak jaga mak ayah aku sepanjang kat sana... Aku ni dah la jenis kuat melawan kan..aku memang minta tahap kesabaran aku paling maksimum kat sana...

Waktu berangkat tu Alhamdulillah adik beradik semua hantar...naik flight,lepas makan first meal aku sakit perut dan rasa nak demam...tuhan je tahu aku muka pucat gila masa tu..haha..tapi aku urut2 perut aku minta dipermudahkan lah urusan.. Kejap je hilang rasa sakit perut..demam tu tak lagi lah..hilang hari ke dua di madinah... Sesampainya dinMadinah Alhamdulillah semua urusan sangat di permudahkan..smooth je,imegresen,beg semua..tapi sejuk sangat waktu tu..bila check in hotel semua siap2 nak subuh... Kat sana aku selalu pegang tangan mak aku tak lepas langsung... Sebab risau hilang plus aku memang niat nak jaga mak ayah aku.. Sepanjang kat madinah semua okay.. Paling terharu aku dapat masuk Raudhah .. Terharu sangat..dapat solat sunat dalam tu...dalam himpit2 tu niat nak solat sunat tiba2 je depan aku macam lapang...Alhamdulillah rezeki kan?dah la sebelum masuk tu rasa nak ke toilet bagai.. Tapi tahan je..sebab peluang hanya sekali..aku bagi mak aku solat dulu sebab nak jaga belakang dia..then aku pula..bila doa dalam tu ada satu doa khusus yang selalu dibaca,sampai satu part aku nangis... Tak tau kenapa..automatik... 

Then berangkat ke Mekah lepas 4 hari tak silap di madinah.. Ouhh btw ramai kenal makcik2 masa pergi umrah..antaranya aunty endan,aunty ana dan aunty adil 😊 .. Masa berangkat ke mekah tu agak menguji lah..bila berhenti di R&R dia..sebab r&r dia memang jauh beza dgn kita ye..toilet dia tak menahan hahaha tapi sabar jelah..mak aku kena himpit dgn mak arab bila keluar toilet sampai blur dia..aku tarik tangan keluar then mak aku ckp..mak aku lupa nak pakai seluar panjang dengan stokin..sebab dia terkejut,rasa nak nangis pula aku bila ingat balik... Aku suruh mak aku duduk kt masjid tu,slow2 aku pakaikan semuanya.. Mcm ni lah mak aku tua nanti aku akan jaga,terlintas dalam fikiran..then lepas solat terus gerak ke mekah.. Aku pergi dengan tabung haji.. Servis tiptop! Pergi Miqat untuk 3 kali umrah tabung haji sediakan kenderaan jadi tak perlu risau,hotel makanan semuanya puas hati..sepanjang kat sana aku tak period langsung.Alhamdulillah kan 😊.. Waktu kali pertama masuk masjidil haram aku amazed tgk kaabah.. Betul ke ni depan kaabah? Bila tawaf terhidu2 bau wangi..tanya parents aku dorang cakap tak bau apa2,mungkin rezeki alia kot ayah cakap... Tapi memang bau yg sama tiap kali umrah cuma kuat atau tak je..yg kali pertama tu kuat sangat... Sepanjang umrah memang kena banyak sabar dgn mak arab...dia tunjal ke apa sabar jelah,aku tak shopping sangat pun belikan utk org lain je banyak haha..nafsu membeli macam hilang...kadang kat sana macam kat malaysia sebab orang malaysia merata kt sana 😂😂😂😂... 

Apa pun semua dipermudahkan sepanjang kat sana..ohh ye masa kat madinah terjumpa coursemate amir..dah la before fly dah deal cakap kalau jumpa kena selfie..sekali lepas aku solat zohor masa kat masjid nabawi aku dgr orang panggil alia2...bila toleh laaa amir! Hahahaha pantas keluarkan hp snap gambar..lol sgt 😂😂😂😂... Sepanjang kat sana aku rasa tidur paling lena,tidur awal dan bangun awal..mimpi merepek pun tak ada..kecuali ada mimpi pasal dua orang ni..nama dirahsiakan gitchewwww... 

So far tu jelah yang aku nak share..kalau ada jodoh nanti nak ajak suami pula pergi lagi..calon takde lagi ahhaah..doa jelah dapat yang baik..boleh honeymoon kat madinah dan mekah Insyaallah 











Sunday, October 5, 2014

Resepi beef skewer


Selamat menyambut hari raya aidiladha yall!!! Semoga ibadah qurban kita diterima olehnya... Btw nama pun raya korban kan..haruslah banyak daging.. Jadi aku ditugaskan untuk buat daging bakar.. Saja cucuk kat lidi sate.. Btw ni gambar bahan2 nya aku campur semua dan marinated sahaja..pastu bakar

Friday, September 19, 2014

Lepak dengan classmate zaman diploma masscom dahulu kala


Assalamualaikum w.b.t....  tadi keluar lepak dengan afiq...haaa afiq ni salah sorang manusia yang rapat dengan iols waktu diploma dulu..sebab rumah kitorang dekat je, so tiap kali iols nak balik shah alam dari lendu, afiq selalu lah jadi co-pilotnya... haha....meh sini aku nak cerita sikit perihal kawan aku sorang ni... dia ni satu-satunya kawan aku yang panggil aku perempuan gila...hahaha.. sebab, dia spesis bersopan santun drive, aku plak drive laju dan menakutkan katanya...tapi diakui juga oleh classmate aku yang lain...sabar jelah...afiq ni juga antara orang yang terawal tahu aku rapat dengan firdaus dulu...haha..dia kenal lah perangai aku zaman nakal sampai lah zaman sekarang ni... antara sahabat yang tak pernah hilang dari dulu sampai sekarang...aku doakan tercapai hajat kau untuk menunaikan umrah tahun depan ye :D

bawa orang yang tak pernah pergi ikea

Assalamualaikum uolss...hari rabu haritu keluar dengan classmate zaman degree... jiji dan huda... kesian si jiji, aku dah janji nak bawa dia pergi ikea dah lama dah...berbekalkan waze dan hasil bantuan classmate iols sorang lagi si irfan, jumpa juga rumah si jiji dan huda dekat PJ sana...lalu bergerak lah weols ke ikea...macam-macam cerita keluar...lama tak jumpa lah katakan..takde lah lama sangat, raya haritu ada jumpa...hahaa.. 
yang tudung hijau tu huda, yang tudung merah tu jiji