Saturday, March 22, 2014

Resepi sambal totok aka sambal tumbuk

hello..Assalamualaikum...lama tak update blog kan...haritu bulan februari, Iols dan parents selamat menunaikan umrah....hehehe... jadi hari ni...saja nak berkongsi resepi sambal totok... selalunya mak iols suka buat sambal belacan...tapi boring kan...setelah bertanya kan kawan-kawan dan encik google... maka terhasil lah ini...senang je nak buat..selamat mencuba :D

Bahan-Bahannya:

1 genggam ikan bilis (iols guna bilis halus)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
7-8 biji cili padi (ikut tahap kepedasan dan berapa banyak nak buat)
2-3 biji lada merah besar

Cara-caranya:


  1. cuci ikan bilis tu kemudian goreng sampai rangup, dan tos kan.
  2. tumbuk bawang putih,bawang kecil,cili padi dan lada merah besar
  3. lepas dah tumbuk lumat (ikut lah nak lumat mana, macam tumbuk sambal belacan) masukkan ikan bilis yang sudah digoreng garing tadi, dan tumbuk sekali (nak bilis hancur ke separa hancur ke terpulang, iols suka sedang2 sahaja)
  4. panas kan minyak, guna yang balance goreng bilis tadi pun boleh. masukkan kesemua yang sudah ditumbuk tadi...tumiskan sampai pecah minyak...api jangan besar sangat, kang hangit... siap! boleh dimakan dengan bubur nasi,atau nasi panas2...fuhh...

Tuesday, February 11, 2014

resepi nasi ayam simple :D

Assalamualaikum uolss... harini nak berkongsi resepi nasi ayam kegemaran keluarga iols... nasi ayam ni mudah je...tapi sebelum memulakan apa-apa pun, mesti sediakan stok dia dulu..kemudian barulah bahagian lain boleh bergerak...dan banyak gunakan halia dan bawang putih... paling kurang kena ada 3 labu bawang putih...mengikut kapasiti berapa yang uols nak masaklah... iols masak bila adik beradik balik ke shah alam..jadi..banyak lah kena buat ...jom semak resepi :D

Bahan-bahan stok aka sup ayam :

1 ekor ayam yang di belah dua atau empat dan dibersihkan (kalau periuk besar belah dua je pun takpe)
1 sup bunjut
1 labu bawang besar (dihiris)
7 ulas bawang putih (diketuk)
halia(diketuk)
kayu manis,bunga lawang (sedikit je)
lobak merah dan kentang 
garam dan gula secukup rasa
2 kiub pati ayam atau stok ayam pekat (optional)

Cara-caranya

  1. panaskan minyak, tumiskan bawang besar,bawang putih dan halia sehingga naik bau...pastikan api tidak terlalu besar supaya bawang tidak hangus..kemudian masukkan bunga lawang dan kayu manis.
  2. masukkan ayam, kemudian masukkan air, masukkan sup bunjut,garam dan gula secukup rasa...masukkan lobak merah dan kentang..perlahankan api biarkan ia mereneh.
  3. bila dah menggelegak,dan ayam dah masak.. tutup api kemudian angkat ayam sahaja,masukkan dalam bekas lain ayam itu...biarkan ayam tu sejuk.
Bahan-bahan nasi

beras yang dicuci dan ditoskan (kalau 3 pot beras bersamaan 3 pot air stok yang dibuat tadi)
butter atau minyak sapi atau marjerin
5 ulas bawang putih (diketuk)
halia( diketuk)
1 batang kulit kayu manis
sedikit bunga lawang dan kayu cengkih
2 helai daun pandan yang dikoyakkan dan diikat
kiub pati ayam atau stok pekat ayam
stok ayam yang dah dibuat tadi..(sukatan ikut sukatan beras 1:1)

Cara-caranya

  1. beras yang dicuci dan ditoskan itu,masukkan siap-siap dalam rice cooker. 
  2. ambil periuk kecil cairkan butter, kemudian masukkan bawang putih dan halia yang diketuk, tumis sampai naik bau kemudian masukkan kayu manis,cengkih, kiub pati ayam dan halia...
  3. kemudian masukkan kedalam rice cooker tadi, dan gaulkan dengan beras itu, dan masukkan stok ayam yang dah dibuat tadi mengikut sukatan beras, dan on rice cooker seperti biasa.
  4. bila nasi dah masak, masukkan butter lebih kurang 2 sudu makan dan gaulkan supaya nasi lebih cantik dan lemak :D
Bahan-bahan sambal

8 ulas bawang putih
7 batang lada merah
2 biji cili padi
1 sudu gula dan sedikit garam (kalau pedas, lebihkan gula, kalau suka pedas kurangkan gula)
air perahan limau nipis (ni kena pandai agak..dalam sebijik limau nipis)
cuka (1 sudu makan)
air stok ayam (masukkan agak2 untuk melancarkan bila dikisar,jangan banyak sangat nanti cair)

Cara-caranya

masukkan semua dalam pengisar, dan kisar..dah siap...ye puan2 dan kakak2 dah siap...saya kan suka mengelat...hahahaha..nanti rasa dia lebih kurang macam sambal nasi ayam hainan...tapi kalau suka masak sambal tu..boleh la diubah suai mengikut selera masing masing.

Kicap.

kicap ni, iolss malu nak cakap..hehehe..iols guna kicap cap tamin tu, letak dalam mangkuk,then masukkan sedikit stok ayam yang dah dibuat tadi..gaulkan sampai Mesraaaaa *gaya bob AF cakap

Bahan-bahan ayam

ayam yang dah direbus tadi dalam stok
5-7 ulas bawang putih
halia(halia dan bawang putih ditumbuk sekali sampai hancur)
sos tiram
kicap

cara-caranya

satukan semua bahan dalam satu bekas,dan lumur pada ayam... kemudian boleh pilih nak bakar atau goreng... macam iols bakar...suhu 150c...kalau ayam tu dah memang betul betul masak masa rebus tadi... tak payah bakar lama pun takpe...make sure kulit garing je..kalau tak.. kena bakar lebih kurang sejam... depends on kebesaran ayam ittewwwww

bila dah siap semua...boleh la dimakan bersama daun salad atau timun..selamat mencuba :D

Tuesday, February 4, 2014

Resepi ikan masak pedas ala thai

Assalamualaikum.... harini ai masak ikan masak pedas ala thai... al kesah resepi ini ialah, bila makan dekat kedai tomyam, mak ai suka sangat order ni... takkan selalu nak makan ni kat kedai je kan...so segera i google resepi dan ubah suai dengan bahan yang ada kat rumah... dan seperti biasa..ai kan suka mengelat kalau masak..hehe.. patutnya cili kering kena rendam bagai then blend dengan bawang..ai ambil cili boh yang memang dah ada dalam peti..hehe.. sama je pun kan :D jom semak resepi!

Bahan-bahan ikan masak pedas ala thai:

  • Ikan kembung yang di lumur serbuk kunyit dan sedikit garam, goreng kemudian ketepikan dahulu (apa-apa spesis ikan yang korang suka,mak ai takut ikan besar2 jadi kembung je layak hehehe)

Bahan A(bahan kisar)
  • cili boh 5 sudu makan*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 ulas bawang merah sederhana besar*
kisarkan sekaligus semua bahan yang bertanda *

Bahan B

  •  sudu makan sos cili
  •  sudu makan sos tiram
  • air asam jawa dicampur dengan sedikit belacan
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan C (bahan dihiris)

  • 3 tangkai serai 
  • 6 biji cili padi
  • 1 lada besar merah
  • sedikit halia 
  • daun limau purut (yang ni kalau rajin dan tak nak tercekik hirislah,kalau nak koyakkan dan campak pun takpe..cara masing2 gittewwww)


antara bahan-bahan..tak termasuk pelbagai spesis sos

Cara-caranya:


  • panaskan minyak, kemudian masukkan bahan A yang dah dikisar tadi, make sure api jangan besar sangat, nanti hangit pula rencah kang... kacau, sampai naik sikit minyak.
  • kemudian masukkan bahan-bahan B, kalau nak berkuah, masukkan sedikit air.
  • agak-agak macam kuah dah tak secair asam pedas...hahaha...masukkan semua bahan-bahan C.. nak berkuah atau pekat ikut selera masing-masing okay..kemudian boleh tutup api dan siramkan atas ikan..siap :D


sewaktu dimasak...abaikan kuali antik itteww

siap sudah.. agak berkuah versi ini, seperti yang diminta mak ai

hello :)

Assalamualaikum... tujuan blog ini ditubuhkan khas untuk berkongsi resepi khusus buat anak gadis yang baru belajar memasak...macam ai... hehe.. resepi kat sini simple sahaja...jadi memang sesuailah untuk orang baru belajar memasak kan...di samping itu, ai juga ada share tips untuk mengelat bila memasak, yela kadang-kadang bukan semua bahan kita ada dalam dapur untuk digunakan sama seperti dalam resepi, moga boleh membantu uols... kalau ada sebarang cadangan atau komen boleh email kan terus ke aliasamihah90@yahoo.com :)

Resepi ayam bakar ala nandos, sweet potato with garlic dan nasi madeteranian dan gravy


Hello!!! okay harini ai nak share salah satu makanan kegemaran family iols... ayam bakar ala nandos, dan sampingannya... banyak version sideline untuk ayam nandos ai buat sebenarnya.. tapi yang kali ni ada nasi, sebab kebetulan pak cik iols datang dari terengganu, dan dia nak makan nasi, so ai buat nasi ala madeteranian (ai eja salah ke betul ni). so mari semak resepi :D


Bahan-bahan perapan ayam bakar ala nandos:

  • sos nandos hot (  suku botol untuk perapan, depends berapa banyak ayam uols, janji cover  semua)
  • sos nandos sweet (suku botol, kalau takde pun tak apa,kalau nak gantikan dengan sos nandos garlic                                 pon boleh)
  • halia dan bawang putih (diketuk dan cincang)
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk cajun (kalau tak ada tak perlu letak)
  • garam secukup rasa

campur semua sekali dalam satu bekas, kemudian perapkan dengan ayam. lagi lama perap lagi sedap uols..tapi i spesis express..paling lama ai perap ayam 2 jam je... hahahahah... kemudian boleh la bakar, satu tips untuk uols, sebenarnya kalau ada kuali ajaib atau non stick pan, bakar je dalam tu, letakkan sedikit minyak kemudian letak ayam. dah agak masak angkat..lagi sedap... tapi kalau nak guna oven, make sure panaskan oven dalam 130c dalam 20 minit, then masukkan ayam bakar selama 40 minit..ai selalu bakar ayam yang dah siap potong kecil sebab tu tak lama bakar..kemudian cucuk dengan garfu,kalau keluar air yang ada darah kat ayam tu tandanya belum masak, kalau keluar air putih je maksudnya dah masak..kalau tak keluar apa2... emmm...rentung atau lebih masak...hahaa..Wallahualam.

Bahan-bahan sweet potato garlic:

  • sweet potato aka keledek yang dipotong dadu dan direbus
  • butter
  • bawang putih
  • serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
  • serbuk cajun (kalau tak ada redha jelah)
cara-caranya:

  • cairkan butter, kemudian masukkan bawang putih dan tumis. 
  • masukkan serbuk lada hitam,garam secukup rasa dan serbuk cajun
  • masukkan keledek dan goreng sehingga agak garing sedikit. dan boleh diangkat

Bahan-bahan nasi ala madeteranian: 

  • beras basmathi (kalau takde beras apa-apa pun boleh)
  • butter
  • daun pandan
  • lobak merah dipotong dadu
  • bawang putih yang diketuk
cara-caranya:

  • cucikan beras dan toskan dahulu
  • dalam periuk atau kuali berasinga, panaskan butter, kemudian masukkan bawang putih, tumis sehingga naik bau (make sure api slow, jangan kuat sangat, sebab butter cepat hangit nanti)
  • masukkan lobak merah yang dah dipotong dadu tadi, masukkan daun pandan, kemudian masukkan beras. kacau dan tutup api
  • pindahkan ke dalam rice cooker (ai tak pandai masak nasi dalam periuk biasa..hihi kantoi)
  • masukkan air, 1 pot beras bersamaan 1 pot air. dan masak nasi seperti biasa
  • bila nasi dah masak, masukkan butter sikit dan kacau nasi tu ( orang terengganu panggil karih nasi), siap :)
Bahan-bahan gravy


  • butter
  • bawang putih dan merah yang dicincang
  • sos nandos hot and spicy
  • serbuk lada hitam,garam dan gula secukup rasa
  • susu segar 
Cara-caranya

fungsi gravy ini untuk letakkan sikit atas nasi tu, so cara nak buat dia senang je, caikkan butter dalam non stick pan, masukkan bawang, tumis sampai naik bau dan layu kemudian masukkan susu segar, sos nandos hot and spicy, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa..kalau nampak agak cair, masukkan sikit butter..biarkan mendidih sambil tu kacau tau. kepekatan ikut selera masing masing..dan boleh tutup api




Monday, February 3, 2014

Resepi Macaroni Bakar mudah!



macaroni bakar ni sebenarnya banyak version, tapi ai buat version ini.. buat macaroni bakar ni untuk kawan mak dan ayah datang rumah haritu.. mohon berkenan nak buat ai jadi menantu   eh...haha..gurau.. ok jom semak resepi uols!

Bahan-bahannya :

1 paket macaroni (direbus dalam air yang ditambah secubit garam dan 1 sudu minyak)
1 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
4-5 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
1 bungkus daging cincang abang ramli
2 sudu makan cili boh (tak letak pun takpe,ai tekak melayu)
1 botol sos spaghetti preggo
1 tin cendawan
3 biji telur (dipukul)
1 bungkus cheesedale cheese! 
garam,gula,serbuk lada hitam secukup rasa.

Cara-caranya:

1. tumiskan bawang besar dan putih sampai layu sedikit, kemudian masukkan daging. kacau sampai daging tu dah bertukar warna dan separa masak, kemudian masukkan ciliboh 2 sudu makan, dan kacau selama seminit dua.

2. masukkan cendawan, dan sos spaghetti. kacau lagi. kemudian masukkan garam,gula dan serbuk lada hitam secukup rasa. kemudian masukkan macaroni yang dah direbus dan ditoskan. kacau sampai sebati dan bila tengok dah agak kering tutup api.

3. bila dah tutup api, masukkan telur yang dah dipukul tadi, kacau sedikit dengan macaroni tu, kemudian masukkan dalam loyang,atau bekas caserole atau apa apa bekas yang tahan panas. letakkan cheesedale atas macaroni yang dah diletakkan dalam bekas tadi.

4. jangan lupa panaskan oven dalam suhu 120c selama 10minit. kemudian masukkan macaroni dalam oven dan bakar dalam 15-20 minit. uols tengok cheese tu dah agak cair dan garing sikit boleh lah keluar kan.. dah siap :D


Resepi Potato Salad



Assalamualaikum... hehe... sebenarnya banyak resepi nak share, dan gambar gambar makanan ni semua dah lama dalam simpanan..baru sekarang terasa nak share resepi...bukan apa..ai malu,hahah..resepi ai simple je semuanya..Al maklumlah, bajet nak masak dari mak ayah lagi, yelah, ai kan student..jadi nak masak canggih sangat tu fikir 2,3 kali juga...so banyak resepi yang guna bahan sedia ada sahaja di rumah..harap dapat membantu khusus untuk anak gadis macam ai yang sedang belajar memasak... ok malas nak mengomel, jom semak resepi potato salad!

Bahan-bahan :

3-4 biji kentang (depends beramai banyak uols nak buat dan berapa besar kentang tu,jangan beli russet potato kalau nak buat potato salad, sebab russet potato dia sangat lembut dan sesuai untuk mashed potato sahaja, so korang boleh beli potato spesis lain)

3-4 sudu makan mayonis (ini pun ikut anggaran sendiri,asalkan dia boleh cover semua kentang itu dah ok)

bawang besar ( ai prefer bawang yg warna macam putih tu,sebab rasa dia kurang tajam, kalau bawang besar warna merah tu, nanti rasa dia kureng sikit)

lada hitam,garam (secukup rasa)

daun parsley (optional je,tak ada pun tak apa )

Cara-caranya:

1. cuci kentang bersih, dan buang kulit... tapi ada juga orang tak suka buang kulit,kalau guna baby potato tak buang kulit pun takpe, tapi kena cuci bersih-bersih. satu tips untuk buang kulit dengan cepat, uols potong dadu dulu kentang tu, then rebus sampai empuk (tapi jangan lembut sangat nanti hancur pula bila tengah gaul), lepas tu tos kan dan cuci dengan air paip sikit lepas tu cabut kulit dia..cara macam tu mudah sebab tak perlu guna pisau atau pengupas,guna tangan je pun boleh.

2. ambil satu mangkuk besar,masukkan mayonese, garam dan lada hitam secukup rasa, gaulkan supaya sebati, kemudian masukkan bawang,kentang,dan daun parsley tadi, dan gaulkan semuanya. siap! tadaa!