Tuesday, February 4, 2014

Resepi ikan masak pedas ala thai

Assalamualaikum.... harini ai masak ikan masak pedas ala thai... al kesah resepi ini ialah, bila makan dekat kedai tomyam, mak ai suka sangat order ni... takkan selalu nak makan ni kat kedai je kan...so segera i google resepi dan ubah suai dengan bahan yang ada kat rumah... dan seperti biasa..ai kan suka mengelat kalau masak..hehe.. patutnya cili kering kena rendam bagai then blend dengan bawang..ai ambil cili boh yang memang dah ada dalam peti..hehe.. sama je pun kan :D jom semak resepi!

Bahan-bahan ikan masak pedas ala thai:

  • Ikan kembung yang di lumur serbuk kunyit dan sedikit garam, goreng kemudian ketepikan dahulu (apa-apa spesis ikan yang korang suka,mak ai takut ikan besar2 jadi kembung je layak hehehe)

Bahan A(bahan kisar)
  • cili boh 5 sudu makan*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 ulas bawang merah sederhana besar*
kisarkan sekaligus semua bahan yang bertanda *

Bahan B

  •  sudu makan sos cili
  •  sudu makan sos tiram
  • air asam jawa dicampur dengan sedikit belacan
  • garam dan gula secukup rasa
Bahan C (bahan dihiris)

  • 3 tangkai serai 
  • 6 biji cili padi
  • 1 lada besar merah
  • sedikit halia 
  • daun limau purut (yang ni kalau rajin dan tak nak tercekik hirislah,kalau nak koyakkan dan campak pun takpe..cara masing2 gittewwww)


antara bahan-bahan..tak termasuk pelbagai spesis sos

Cara-caranya:


  • panaskan minyak, kemudian masukkan bahan A yang dah dikisar tadi, make sure api jangan besar sangat, nanti hangit pula rencah kang... kacau, sampai naik sikit minyak.
  • kemudian masukkan bahan-bahan B, kalau nak berkuah, masukkan sedikit air.
  • agak-agak macam kuah dah tak secair asam pedas...hahaha...masukkan semua bahan-bahan C.. nak berkuah atau pekat ikut selera masing-masing okay..kemudian boleh tutup api dan siramkan atas ikan..siap :D


sewaktu dimasak...abaikan kuali antik itteww

siap sudah.. agak berkuah versi ini, seperti yang diminta mak ai

No comments:

Post a Comment