Tuesday, February 11, 2014

resepi nasi ayam simple :D

Assalamualaikum uolss... harini nak berkongsi resepi nasi ayam kegemaran keluarga iols... nasi ayam ni mudah je...tapi sebelum memulakan apa-apa pun, mesti sediakan stok dia dulu..kemudian barulah bahagian lain boleh bergerak...dan banyak gunakan halia dan bawang putih... paling kurang kena ada 3 labu bawang putih...mengikut kapasiti berapa yang uols nak masaklah... iols masak bila adik beradik balik ke shah alam..jadi..banyak lah kena buat ...jom semak resepi :D

Bahan-bahan stok aka sup ayam :

1 ekor ayam yang di belah dua atau empat dan dibersihkan (kalau periuk besar belah dua je pun takpe)
1 sup bunjut
1 labu bawang besar (dihiris)
7 ulas bawang putih (diketuk)
halia(diketuk)
kayu manis,bunga lawang (sedikit je)
lobak merah dan kentang 
garam dan gula secukup rasa
2 kiub pati ayam atau stok ayam pekat (optional)

Cara-caranya

  1. panaskan minyak, tumiskan bawang besar,bawang putih dan halia sehingga naik bau...pastikan api tidak terlalu besar supaya bawang tidak hangus..kemudian masukkan bunga lawang dan kayu manis.
  2. masukkan ayam, kemudian masukkan air, masukkan sup bunjut,garam dan gula secukup rasa...masukkan lobak merah dan kentang..perlahankan api biarkan ia mereneh.
  3. bila dah menggelegak,dan ayam dah masak.. tutup api kemudian angkat ayam sahaja,masukkan dalam bekas lain ayam itu...biarkan ayam tu sejuk.
Bahan-bahan nasi

beras yang dicuci dan ditoskan (kalau 3 pot beras bersamaan 3 pot air stok yang dibuat tadi)
butter atau minyak sapi atau marjerin
5 ulas bawang putih (diketuk)
halia( diketuk)
1 batang kulit kayu manis
sedikit bunga lawang dan kayu cengkih
2 helai daun pandan yang dikoyakkan dan diikat
kiub pati ayam atau stok pekat ayam
stok ayam yang dah dibuat tadi..(sukatan ikut sukatan beras 1:1)

Cara-caranya

  1. beras yang dicuci dan ditoskan itu,masukkan siap-siap dalam rice cooker. 
  2. ambil periuk kecil cairkan butter, kemudian masukkan bawang putih dan halia yang diketuk, tumis sampai naik bau kemudian masukkan kayu manis,cengkih, kiub pati ayam dan halia...
  3. kemudian masukkan kedalam rice cooker tadi, dan gaulkan dengan beras itu, dan masukkan stok ayam yang dah dibuat tadi mengikut sukatan beras, dan on rice cooker seperti biasa.
  4. bila nasi dah masak, masukkan butter lebih kurang 2 sudu makan dan gaulkan supaya nasi lebih cantik dan lemak :D
Bahan-bahan sambal

8 ulas bawang putih
7 batang lada merah
2 biji cili padi
1 sudu gula dan sedikit garam (kalau pedas, lebihkan gula, kalau suka pedas kurangkan gula)
air perahan limau nipis (ni kena pandai agak..dalam sebijik limau nipis)
cuka (1 sudu makan)
air stok ayam (masukkan agak2 untuk melancarkan bila dikisar,jangan banyak sangat nanti cair)

Cara-caranya

masukkan semua dalam pengisar, dan kisar..dah siap...ye puan2 dan kakak2 dah siap...saya kan suka mengelat...hahahaha..nanti rasa dia lebih kurang macam sambal nasi ayam hainan...tapi kalau suka masak sambal tu..boleh la diubah suai mengikut selera masing masing.

Kicap.

kicap ni, iolss malu nak cakap..hehehe..iols guna kicap cap tamin tu, letak dalam mangkuk,then masukkan sedikit stok ayam yang dah dibuat tadi..gaulkan sampai Mesraaaaa *gaya bob AF cakap

Bahan-bahan ayam

ayam yang dah direbus tadi dalam stok
5-7 ulas bawang putih
halia(halia dan bawang putih ditumbuk sekali sampai hancur)
sos tiram
kicap

cara-caranya

satukan semua bahan dalam satu bekas,dan lumur pada ayam... kemudian boleh pilih nak bakar atau goreng... macam iols bakar...suhu 150c...kalau ayam tu dah memang betul betul masak masa rebus tadi... tak payah bakar lama pun takpe...make sure kulit garing je..kalau tak.. kena bakar lebih kurang sejam... depends on kebesaran ayam ittewwwww

bila dah siap semua...boleh la dimakan bersama daun salad atau timun..selamat mencuba :D

No comments:

Post a Comment