Thursday, September 18, 2014

Resepi kuew teow goreng mudah


Hello..harini iols cuba buat kuew teow goreng..hahaha lawak kan? Kuew teow goreng pun nak kecoh.. Hahahaha..nama pun dapur anak gadis uolsss..masih bertatih belajar.. Resepi ni iols rujuk dekat blog mat gebu,lepas tu iols tukar sana sini sikit sebab nak sesuaikan bahan apa yang ada.. Jom check resepi!

Bahan-bahan (1 orang makan)
2 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (diketuk dan cincang)
1 sudu makan sos tiram
Sedikit kicap cair
Sedikit cili boh..bergantung pada tahap kepedasan yang digemari
1 sudu makan kicap mee jalin
Sedikit sos cili (tak sampai satu sudu pun)
Daun kucai dan taugeh
Serbuk lada hitam aji shio 
Garam& gula secukup rasa
1 biji telur

Caranya
1. Panaskan minyak tumis bawang2 tadi sampai naik bau.. Kemudian masukkan udang dan sotong kacau..masukkan cili boh, tunggu cili masak
2.kemudian Masukkan sos tiram,garam & gula kacau..kemudian ketepikan sekejap,then pecahkan telur dan gaul..
3. Masukkan kuew teow, kacau dan masukkan kicap mee dan kicap cair..kacau bagi rata dengan semua kuew teow tu...
4.masukkan taugeh & daun kucai..masukkan serbuk lada hitam..dalam 2,3 minit macam tu boleh tutup dah..sebab taknak taugeh tu layu..nak krup krap hahahaha

P/s: sebenarnya iols masak tak bersukat..main agak2 je..sila try & error okay? Btw kalau ada cili potong sedap gilaaaa


No comments:

Post a Comment