Monday, March 30, 2015

Run With Certainty




Hello hello hello! 

*Lap sawang dekat blog sendiri... hewhewhew.. lama tak post apa-apa dekat blog. Busy lah uolssssss... hari ini iolsss nak post tentang events Run With Certainty. Sihat ke tidak tu berlari-lari mengeluarkan peluh?


Seawal pagi orang ramai dah berkumpul untuk memulakan larian :)

Pelbagai lapisan kaum dan umur ada uolsss



Pelari berkumpul di garisan permulaan menunggu bunyi hon udara, menandakan permulaan larian. *run baby run!


Run With Certainty berlangsung pada 28 March 2015, pada hari Sabtu lepas bertempat di Taman Metropolitan Kepong, kali pertama Alia sampai sini. Selama ni baca kat dalam novel "Jauh Dari Cinta" je.. memang jauh pun sebab iols sesat sampai kena U turn jauh hahaha... Guna Waze pun sesat.

Run With Certainty ini kali pertama dianjurkan oleh Disposable Soft Goods (M) Sdn Bhd. Run With Certainty ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai Inkontinens. Apa itu Inkontinens? kadang-kadang ada dalam kalangan kita ini pernah menghidapi penyakit ini tanpa disedari...Inkontinens adalah masalah terbuang air kecil atau besar tanpa disengajakan atau tidak boleh dikawal. Jadi Certainty Daypants menawarkan penyelesaian untuk masalah ini bagi mereka yang sentiasa aktif.  Hei, siapa cakap lampin pakai buang tu tak selesa? selesa okay, persis tak pakai apa-apa pun rasanya, selesa dan ringan je rasa..(dapat sample dalam goodie bag, jadi iols cuba kat rumah) hahahahahahahhahaha... .Yelah, masalah ni bukan hanya menyerang warga tua je tau...kadang-kadang muda belia pun ada juga cuma tak sedar je. Jadi Certainty Daypants boleh jadi penyelesai masalahnya :)

Larian amal tersebut menyaksikan pelbagai lapisan golongan dari tua sehingga muda, yang memilih larian sejauh 6km atau 3km di sekeliling taman tersebut. Ramai orang-orang tua pun sertai larian amal ini, comel betul tengok diorang semangat.Oleh sebab iolss pemalas dan semput-semput ubi, makanya iols memilih 3KM, hehehehe.


Selain berlari mengelilingi Taman Metropolitan Kepong, acara ini juga bertujuan untuk mengutip dana bagi 4 buah rumah kebajikan antaranya : Persatuan Kebajikan Ci Hang, Chempaka, Selangor, Rumah Caring Kajang, Sungei Way Old Folks Home dan Lovely Nursing Centre, SS3, KL. Acara ini juga mendapat sokongan padu oleh Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Cik Low Chooi Hoon Pengurus Besar DSG Sdn Bhd Menyampaikan Sumbangan Kepada 4 Buah Rumah Kebajikan

Datin Paduka Chew Mei Fun memberikan ucapan

Setiap peserta membawa pulang medal yang direka khas serta cenderahati dari para penaja termasuklah Revive, Mentholatum (Deep Heating Rub), Julie’s, Majalah Health Today, OldTown White Coffee dan Clinelle. Menarik betul goodie bag yang diberikan pada peserta, terima kasih kepada DSG (Disposable Soft Goods (M) Sdn Bhd), tahun depan kalau ada lagi Insyaallah iolsss akan sertai *semoga  fit untuk 6 KM pula.