Bahan-bahan
1 keping ikan pari (beli yang dah siap potong)
3 ulas bawang putih
Sedikit kunyit
Garam
1 sudu makan cili boh
Tumbuk bawang putih bersama kunyit & garam,campur cili boh kemudian lumur pada ikan sebagai perapan
Bahan-bahan air asam
Belacan yang dibakar
Asam jawa (depend pada tahap kepekatan yang diingini)
Bawang besar dipotong dadu
Cili padi dihiris nipis
Tomato dipotong dadu
Air limau nipis (guna separuh je)
Cara-caranya
1. Lepas dah bakar belacan tu, campurkan dengan asam jawa,tambah air sikit kemudian ramas..buang biji asam jawa tu nanti kang tercekik naya
2. Masukkan semua bahan yang dipotong, dan perahkan air limau nipis.. Ramas semua sekali..kalau takut tangan pijar dengan cili padi,sila pakai plastik atau sarung tangan... Dah siap!