Saturday, March 22, 2014

Resepi sambal totok aka sambal tumbuk

hello..Assalamualaikum...lama tak update blog kan...haritu bulan februari, Iols dan parents selamat menunaikan umrah....hehehe... jadi hari ni...saja nak berkongsi resepi sambal totok... selalunya mak iols suka buat sambal belacan...tapi boring kan...setelah bertanya kan kawan-kawan dan encik google... maka terhasil lah ini...senang je nak buat..selamat mencuba :D

Bahan-Bahannya:

1 genggam ikan bilis (iols guna bilis halus)
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
7-8 biji cili padi (ikut tahap kepedasan dan berapa banyak nak buat)
2-3 biji lada merah besar

Cara-caranya:


  1. cuci ikan bilis tu kemudian goreng sampai rangup, dan tos kan.
  2. tumbuk bawang putih,bawang kecil,cili padi dan lada merah besar
  3. lepas dah tumbuk lumat (ikut lah nak lumat mana, macam tumbuk sambal belacan) masukkan ikan bilis yang sudah digoreng garing tadi, dan tumbuk sekali (nak bilis hancur ke separa hancur ke terpulang, iols suka sedang2 sahaja)
  4. panas kan minyak, guna yang balance goreng bilis tadi pun boleh. masukkan kesemua yang sudah ditumbuk tadi...tumiskan sampai pecah minyak...api jangan besar sangat, kang hangit... siap! boleh dimakan dengan bubur nasi,atau nasi panas2...fuhh...