Friday, July 24, 2015

Kediaman Wangi dengan Haruman Ambi Pur Moodtherapy Baru!

Hello hello hello! sebenarnya dah lama peram post ni, bukan apa... Iols busy dan saja nak tunggu raya, sebab kebiasaannya musim raya kan rumah kita akan dipenuhi bauan makanan seperti bau rendang segala!

Kali ini, Ambi Pur telah melancarkan produk terbaru mereka iaitu Ambi Pur MoodTherapy yang didatangkan khas dalam bauan bunga-bungaan yang sangat segar! Seriously Iols tak suka bau pewangi yang berunsurkan bungaan sebab kebiasaannya memeningkan kepala.. But this one sangatlah harmoni dan romantik baunya uolssss, sekaligus dapat menghilangkan bauan yang tidak enak dirumah.

Product range bagi Ambi Pur MoodTherapy terdiri daripada:

  • Febreze Fabric Freshener (RM11.90)
  • Ambi Pur Air Effects (RM19.90)
  • Ambi Pur Set & Refresh (RM18.50) 
  • Ambi Pur Gel Fresh (RM9.90). 






                       
          
Love's Bouquet 



                                   
                                                                  Relax & Unwind

                                    
                                                                            Splash Of Revival 


Tapi Iolsss dah cuba yang Love's Bouquet tu! bau dia sangat best, lembut je yang paling penting long lasting :)

By the way, Harith Iskander dan isterinya telah dilantik untuk menjadi rakan usaha sama bagi produk terbaru keluaran P&G ini. Jadi apa yang ditunggu lagi? dapatkan kembali mood bercinta di rumah dengan bauan yang romantik oleh Ambi Pur MoodTherapy.. rawrrrrrr! *cakar harimau lol :P


                           

Wednesday, May 27, 2015

Pre Screening Fast & Furios 7, Dibawakan Khas Oleh Ambi Pur!





Laju & Garang 7! haha direct translation sangat... gagal sungguh haha.. hallu hallu hallu! lama tak update blog...maaflah, iols kan retis..jadi busy lah *perasan.

Okay, berbalik pada cerita asal, siapa kat sini dah tengok semua siri filem Fast & Furious?  baru-baru ini, segerombolan bloggers (termasuk iols), media, dan ramai artis, telah dijemput untuk menyaksikan Fast & Furious 7 di One Utama.

Sebelum menonton, haruslah mendaftar dahulu sambil berposing dengan Skyline GTR yang diwangikan oleh haruman Ambi Pur Klip Premium Fresh Drift dan Turbo Fresh (Limited Edition). Haruman Ambi Pur keluaran khas untuk FF7 ini baunya sangat Maskulin! ianya mampu menghilangkan bau sehingga 60 hari. Terdapat juga Klip Mini Turbo Fresh, yang dapat menghilangkan bau yang kurang enak di dalam kereta sehingga 30 hari... see, Ambi Pur memberikan pilihan untuk pengguna. Tak nak yang 60 hari, 30 hari pun ada okay. 

Ahhhh.... Apa pun, iols sedih di penghujung filem FF7 ni, sebab Paul Walker :(  , kita bagi berpuluh-puluh bintang untuk filem FF7! yeayyyy!!! 

Apa pun, terima kasih Ambi Pur kerana menghilangkan bau yang kurang enak di dalam kereta iols :D





Monday, March 30, 2015

Run With Certainty




Hello hello hello! 

*Lap sawang dekat blog sendiri... hewhewhew.. lama tak post apa-apa dekat blog. Busy lah uolssssss... hari ini iolsss nak post tentang events Run With Certainty. Sihat ke tidak tu berlari-lari mengeluarkan peluh?


Seawal pagi orang ramai dah berkumpul untuk memulakan larian :)

Pelbagai lapisan kaum dan umur ada uolsss



Pelari berkumpul di garisan permulaan menunggu bunyi hon udara, menandakan permulaan larian. *run baby run!


Run With Certainty berlangsung pada 28 March 2015, pada hari Sabtu lepas bertempat di Taman Metropolitan Kepong, kali pertama Alia sampai sini. Selama ni baca kat dalam novel "Jauh Dari Cinta" je.. memang jauh pun sebab iols sesat sampai kena U turn jauh hahaha... Guna Waze pun sesat.

Run With Certainty ini kali pertama dianjurkan oleh Disposable Soft Goods (M) Sdn Bhd. Run With Certainty ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai Inkontinens. Apa itu Inkontinens? kadang-kadang ada dalam kalangan kita ini pernah menghidapi penyakit ini tanpa disedari...Inkontinens adalah masalah terbuang air kecil atau besar tanpa disengajakan atau tidak boleh dikawal. Jadi Certainty Daypants menawarkan penyelesaian untuk masalah ini bagi mereka yang sentiasa aktif.  Hei, siapa cakap lampin pakai buang tu tak selesa? selesa okay, persis tak pakai apa-apa pun rasanya, selesa dan ringan je rasa..(dapat sample dalam goodie bag, jadi iols cuba kat rumah) hahahahahahahhahaha... .Yelah, masalah ni bukan hanya menyerang warga tua je tau...kadang-kadang muda belia pun ada juga cuma tak sedar je. Jadi Certainty Daypants boleh jadi penyelesai masalahnya :)

Larian amal tersebut menyaksikan pelbagai lapisan golongan dari tua sehingga muda, yang memilih larian sejauh 6km atau 3km di sekeliling taman tersebut. Ramai orang-orang tua pun sertai larian amal ini, comel betul tengok diorang semangat.Oleh sebab iolss pemalas dan semput-semput ubi, makanya iols memilih 3KM, hehehehe.


Selain berlari mengelilingi Taman Metropolitan Kepong, acara ini juga bertujuan untuk mengutip dana bagi 4 buah rumah kebajikan antaranya : Persatuan Kebajikan Ci Hang, Chempaka, Selangor, Rumah Caring Kajang, Sungei Way Old Folks Home dan Lovely Nursing Centre, SS3, KL. Acara ini juga mendapat sokongan padu oleh Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 

Yang Berhormat Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Cik Low Chooi Hoon Pengurus Besar DSG Sdn Bhd Menyampaikan Sumbangan Kepada 4 Buah Rumah Kebajikan

Datin Paduka Chew Mei Fun memberikan ucapan

Setiap peserta membawa pulang medal yang direka khas serta cenderahati dari para penaja termasuklah Revive, Mentholatum (Deep Heating Rub), Julie’s, Majalah Health Today, OldTown White Coffee dan Clinelle. Menarik betul goodie bag yang diberikan pada peserta, terima kasih kepada DSG (Disposable Soft Goods (M) Sdn Bhd), tahun depan kalau ada lagi Insyaallah iolsss akan sertai *semoga  fit untuk 6 KM pula. 



















Wednesday, February 11, 2015

Resepi Ayam Masak Halia






Hello.. Harini mak suruh iols masak untuk dinner..so buat bubur berlauk.. Ayam masak halia ni resepinya asal dari blog che mat gebu tu... Tapi kat rumah tak ada kicap cair so ganti dengan kicap biasa yang manis sikit tu.. Resepi simple tapi sesuai juga dimakan orang tengah pantang ke..makan dengan bubur gabung pula dengan sambal totok dan sayur campur pergh! Sedap..resepi sambal totok ada dalam post2 sebelum ni.. 

Bahan-bahan A
Ayam yang dipotong kecil.. Iols guna bahagian yang tak bertulang sangat
Halia  besar ibu jari di mayang halus
Kicap.. 
Nanti gaul semua dengan ayam dan perapkan dalam sejam ke..kalau nak cepat pendekkan masa sedikit tak apa

Bahan-bahan B
Minyak masak untuk menumis
Setengah labu bawang besar dihiris
4 biji bawang putih (ketuk dan potong) tak halus pun tak apa
5 biji cili padi di potong
Sos tiram
Garam gula dan serbuk lada hitam
Sedikit air

Cara-caranya 
Panaskan minyak kemudian tumis kan bawang besar,putih dan cili padi..

Dah naik bau masukkan ayam yang diperap tadi.. Agak2 macam dah keluar air ayam tu masukkan sos tiram,garam&gula serta serbuk lada hitam secukup rasa..tambahkan sedikit air.. Bila dah agak pekat kuah boleh tutup api.. Siap!

P/s: ada orang dia tambah sayur dalam ni macam lobak merah ke tapi ai kan pemalas hahaha jadi tak letak

Monday, February 9, 2015

Resepi chicken butter



Hai! Resepi paling senang gila dan cepat haha... 

Bahan-bahan:
Ayam yang dipotong kecil2..seeloknya takde tulang
Tepung ayam goreng segera
Garam,serbuk lada hitam sikit
Sebiji telur untuk bagi lekat..

B
1/4 dari sebuku butter 250gm
Susu segar
Daun kari
Cili padi
Sedikit garam kalau perlu

Cara-caranya:
Salutkan ayam yang dah siap dipotong dalam telur then celup dalam tepung yang dah dicampur garam dan lada hitam..ada sesetengah jenis tepung dia tawar sikit sebab tu letak garam..then goreng..jangan garing sangat ye nanti ayam tu kering dah tak juicy..dah agak2 masak angkat dan toskan dari minyak

B
Cairkan butter dalam non stick pan..masukkan daun kari then susu..bila dapat kepekatan yg diingini masukkan cili padi dan garam kalau perlu.. Masukkan ayam yang dah digoreng.. Tutup api settle nyiahhh! 

Pengalaman waktu mengerjakan umrah


Hampir setahun dah aku mengerjakan umrah... Ya Allah rindunya membuak-buak...tadi baca blog dianaishak tentang pengalamannya mengerjakan umrah..terpanggil rasa nak share pengalaman umrah... 

Aku berangkat mengerjakan umrah pada februari 2014 dengan parents aku.. Sebelum register tu mula2 aku tak nak pergi...sebab aku takut..yelah,aku manusia biasa yang banyak masa silamnya..banyak dosanya..tapi entah macam mana aku terbuka hati nak pergi dengan niat satu aku nak jaga mak ayah aku sepanjang kat sana... Aku ni dah la jenis kuat melawan kan..aku memang minta tahap kesabaran aku paling maksimum kat sana...

Waktu berangkat tu Alhamdulillah adik beradik semua hantar...naik flight,lepas makan first meal aku sakit perut dan rasa nak demam...tuhan je tahu aku muka pucat gila masa tu..haha..tapi aku urut2 perut aku minta dipermudahkan lah urusan.. Kejap je hilang rasa sakit perut..demam tu tak lagi lah..hilang hari ke dua di madinah... Sesampainya dinMadinah Alhamdulillah semua urusan sangat di permudahkan..smooth je,imegresen,beg semua..tapi sejuk sangat waktu tu..bila check in hotel semua siap2 nak subuh... Kat sana aku selalu pegang tangan mak aku tak lepas langsung... Sebab risau hilang plus aku memang niat nak jaga mak ayah aku.. Sepanjang kat madinah semua okay.. Paling terharu aku dapat masuk Raudhah .. Terharu sangat..dapat solat sunat dalam tu...dalam himpit2 tu niat nak solat sunat tiba2 je depan aku macam lapang...Alhamdulillah rezeki kan?dah la sebelum masuk tu rasa nak ke toilet bagai.. Tapi tahan je..sebab peluang hanya sekali..aku bagi mak aku solat dulu sebab nak jaga belakang dia..then aku pula..bila doa dalam tu ada satu doa khusus yang selalu dibaca,sampai satu part aku nangis... Tak tau kenapa..automatik... 

Then berangkat ke Mekah lepas 4 hari tak silap di madinah.. Ouhh btw ramai kenal makcik2 masa pergi umrah..antaranya aunty endan,aunty ana dan aunty adil 😊 .. Masa berangkat ke mekah tu agak menguji lah..bila berhenti di R&R dia..sebab r&r dia memang jauh beza dgn kita ye..toilet dia tak menahan hahaha tapi sabar jelah..mak aku kena himpit dgn mak arab bila keluar toilet sampai blur dia..aku tarik tangan keluar then mak aku ckp..mak aku lupa nak pakai seluar panjang dengan stokin..sebab dia terkejut,rasa nak nangis pula aku bila ingat balik... Aku suruh mak aku duduk kt masjid tu,slow2 aku pakaikan semuanya.. Mcm ni lah mak aku tua nanti aku akan jaga,terlintas dalam fikiran..then lepas solat terus gerak ke mekah.. Aku pergi dengan tabung haji.. Servis tiptop! Pergi Miqat untuk 3 kali umrah tabung haji sediakan kenderaan jadi tak perlu risau,hotel makanan semuanya puas hati..sepanjang kat sana aku tak period langsung.Alhamdulillah kan 😊.. Waktu kali pertama masuk masjidil haram aku amazed tgk kaabah.. Betul ke ni depan kaabah? Bila tawaf terhidu2 bau wangi..tanya parents aku dorang cakap tak bau apa2,mungkin rezeki alia kot ayah cakap... Tapi memang bau yg sama tiap kali umrah cuma kuat atau tak je..yg kali pertama tu kuat sangat... Sepanjang umrah memang kena banyak sabar dgn mak arab...dia tunjal ke apa sabar jelah,aku tak shopping sangat pun belikan utk org lain je banyak haha..nafsu membeli macam hilang...kadang kat sana macam kat malaysia sebab orang malaysia merata kt sana 😂😂😂😂... 

Apa pun semua dipermudahkan sepanjang kat sana..ohh ye masa kat madinah terjumpa coursemate amir..dah la before fly dah deal cakap kalau jumpa kena selfie..sekali lepas aku solat zohor masa kat masjid nabawi aku dgr orang panggil alia2...bila toleh laaa amir! Hahahaha pantas keluarkan hp snap gambar..lol sgt 😂😂😂😂... Sepanjang kat sana aku rasa tidur paling lena,tidur awal dan bangun awal..mimpi merepek pun tak ada..kecuali ada mimpi pasal dua orang ni..nama dirahsiakan gitchewwww... 

So far tu jelah yang aku nak share..kalau ada jodoh nanti nak ajak suami pula pergi lagi..calon takde lagi ahhaah..doa jelah dapat yang baik..boleh honeymoon kat madinah dan mekah Insyaallah 











Sunday, October 5, 2014

Resepi beef skewer


Selamat menyambut hari raya aidiladha yall!!! Semoga ibadah qurban kita diterima olehnya... Btw nama pun raya korban kan..haruslah banyak daging.. Jadi aku ditugaskan untuk buat daging bakar.. Saja cucuk kat lidi sate.. Btw ni gambar bahan2 nya aku campur semua dan marinated sahaja..pastu bakar