Friday, September 19, 2014

Lepak dengan classmate zaman diploma masscom dahulu kala


Assalamualaikum w.b.t....  tadi keluar lepak dengan afiq...haaa afiq ni salah sorang manusia yang rapat dengan iols waktu diploma dulu..sebab rumah kitorang dekat je, so tiap kali iols nak balik shah alam dari lendu, afiq selalu lah jadi co-pilotnya... haha....meh sini aku nak cerita sikit perihal kawan aku sorang ni... dia ni satu-satunya kawan aku yang panggil aku perempuan gila...hahaha.. sebab, dia spesis bersopan santun drive, aku plak drive laju dan menakutkan katanya...tapi diakui juga oleh classmate aku yang lain...sabar jelah...afiq ni juga antara orang yang terawal tahu aku rapat dengan firdaus dulu...haha..dia kenal lah perangai aku zaman nakal sampai lah zaman sekarang ni... antara sahabat yang tak pernah hilang dari dulu sampai sekarang...aku doakan tercapai hajat kau untuk menunaikan umrah tahun depan ye :D

bawa orang yang tak pernah pergi ikea

Assalamualaikum uolss...hari rabu haritu keluar dengan classmate zaman degree... jiji dan huda... kesian si jiji, aku dah janji nak bawa dia pergi ikea dah lama dah...berbekalkan waze dan hasil bantuan classmate iols sorang lagi si irfan, jumpa juga rumah si jiji dan huda dekat PJ sana...lalu bergerak lah weols ke ikea...macam-macam cerita keluar...lama tak jumpa lah katakan..takde lah lama sangat, raya haritu ada jumpa...hahaa.. 
yang tudung hijau tu huda, yang tudung merah tu jiji


Thursday, September 18, 2014

Resepi kuew teow goreng mudah


Hello..harini iols cuba buat kuew teow goreng..hahaha lawak kan? Kuew teow goreng pun nak kecoh.. Hahahaha..nama pun dapur anak gadis uolsss..masih bertatih belajar.. Resepi ni iols rujuk dekat blog mat gebu,lepas tu iols tukar sana sini sikit sebab nak sesuaikan bahan apa yang ada.. Jom check resepi!

Bahan-bahan (1 orang makan)
2 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (diketuk dan cincang)
1 sudu makan sos tiram
Sedikit kicap cair
Sedikit cili boh..bergantung pada tahap kepedasan yang digemari
1 sudu makan kicap mee jalin
Sedikit sos cili (tak sampai satu sudu pun)
Daun kucai dan taugeh
Serbuk lada hitam aji shio 
Garam& gula secukup rasa
1 biji telur

Caranya
1. Panaskan minyak tumis bawang2 tadi sampai naik bau.. Kemudian masukkan udang dan sotong kacau..masukkan cili boh, tunggu cili masak
2.kemudian Masukkan sos tiram,garam & gula kacau..kemudian ketepikan sekejap,then pecahkan telur dan gaul..
3. Masukkan kuew teow, kacau dan masukkan kicap mee dan kicap cair..kacau bagi rata dengan semua kuew teow tu...
4.masukkan taugeh & daun kucai..masukkan serbuk lada hitam..dalam 2,3 minit macam tu boleh tutup dah..sebab taknak taugeh tu layu..nak krup krap hahahaha

P/s: sebenarnya iols masak tak bersukat..main agak2 je..sila try & error okay? Btw kalau ada cili potong sedap gilaaaa


Friday, September 12, 2014

Perihal berjalan berborak bersama Fifi & Ima

Assalamualaikum... Alkisahnya harini si ima nak passing buku kat iols masa kat fakulti..seperti sedia maklum fakulti pengurusan perniagaan uitm shah alam kan dah berpindah ke puncak alam...aku pula ulang alik je dari shah alam ke puncak..tapi waktu nak passing buku tu ada masalah komunikasi..hahaha sebab kat puncak alam line teruk sikit bila dalam bangunan..jadi aku dah gerak ke shah alam baru ima dapat contact balik..so jumpa kat shah alam jelah di jemari... Borak punya borak sampai berjam kat situ..dari perihal cari pasangan hidup,kelas,makeup segala haha..kalau dah nama satu kepala.. Ada je benda nak borak...lepas tu pergi paradigm konon si fifi dgn ima nak beli compact powder bareminerals yang iols suggest tu tapi dah nama pun fifi dengan ima...takde maknanya benda alah tu dia je dia beli...segala benda dia angkut... sabar jelah...lepas gian lettewww terkurung di puncak alam..hahaha.







Wednesday, September 10, 2014

#Lorongbelakang seksyen 7 Shah Alam



Dating dengan classmate


Assalamualaikum... Tak ada idea nak update resepi apa.. Update cerita peribadi sikitlah.. Semalam keluar jumpa siah dengan irfan.. Iols pergi ambil siah di stesen bas seksyen 2, lepas tu pergi ambil gambar untuk resume iols,then breakfast,buat kunci pendua untuk siah..then gerak terus ke setia city mall untuk jumpa irfan.

Siah dengan irfan ni dua2 classmate iols..tapi tak rapat sangat dengan diorang dulu sebab diorang kurang berkenan dengan iols..hahahahahahah..diorang cakap iols kerek.. Biasalah tu,tak kenal maka tak cinta..dah kenal rupanya dua2 mulut puaka haha.. Jom lah tengok gambar